Sinopsis Drama Bersiri JODOH 2. Anda pengikut setia drama bersiri Jodoh lakonan Dazrin Kamarudin di Astro Ria? Masih ingat dengan gelagat peserta wanita merebut cinta seorang lelaki. Itu dulu, segalanya berakhir. Musim kedua, Jodoh berlainan sedikit. Mengambil inspirasi dari program realiti TV popular The Bachelor, drama bersiri Jodoh musim kedua dijangka memiliki tarikan tersendiri untuk menarik penonton.
Program Jodoh 2 adalah sambungan siri Jodoh. Untuk musim baru ini, Nora dan Mr Chee mengambil keputusan untuk menyuntik elemen yang lebih ‘panas’ dan menarik untuk membuat rancangan ini tidak membosankan dan menamakannya sebagai ‘Jodoh: Wanita atau Harta?’
Untuk musim ini, pencari jodohnya adalah seorang gadis yang dipikat seramai 10 peserta lelaki. Lebih menarik, hadiah wang tunai sebanyak RM1 juta ditawarkan.
Bagaimanapun, dalam musim Jodoh kali ini, peserta lelaki yang akhirnya dipilih oleh Gadis Jodoh akan diberikan pilihan sama ada ingin mengahwini Gadis Jodoh dan berkongsi RM500,000 atau memilih untuk mengambil RM1 juta dan tidak berjumpa dengan gadis tersebut selama-lamanya.
Apabila pengumuman untuk rancangan Jodoh dibuat, Nik Fahmi, seorang pengusaha muda yang terdesak untuk menambah duit modal untuk menaikkan perniagaannya, mengambil keputusan untuk menyertai rancangan berkenaan.
Namun, segala-galanya menjadi rumit apabila Nik pula jatuh hati dengan Gadis Jodoh iaitu Zara.
Selain Hanis yang juga penulis blog popular yang kini menempa nama sebagai pengacara dan pelakon, drama ini turut mempertaruhkan pendatang baru, Fadlan untuk memegang watak utama sebagai Nik Fahmi. Tidak ketinggalan, penampilan penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura Aliff Aziz (Syed Azmi) dan pendatang baru, Jannah Nik (Elle). Barisan pelakon lain yang turut memantapkan lagi drama bersiri ini ialah Mustaqim Mohamed (Zulkifli), Mustaqim Bahadun (Raja Gufran), Syahir Hazman (Engku), Aizad Akmal Ahmad (Wan Firdaus), Ku Hariz (Megat), Hanaffy Amril Ramli (Dr Yunus), Aizat Ishak (Tajuddin), Mohd Redho Rozlan (Lazim) dan Susan Lankester (Nora).
Drama bersiri Jodoh 2 bersiaran setiap Isnin, jam 10 malam bermula 7 April 2014 menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) & Maya HD (saluran 135).
PROFIL PRODUKSI:
Judul: Drama bersiri Jodoh 2
Terbitan: KL Motion Pictures Company Sdn Bhd
Penerbit: Jamaludin Karim
Penerbit Eksekutif Astro: Hafiz Abu Bakar
Penerbit Eksekutif: Wan Hasliza Wan Zainuddin
Pengarah: Syed Khairul Fariz
Penolong Pengarah: Fazmie Irwan Mohamed (Roy)
Skrip: Wan Hasliza Wan Zainuddin
Juru Audio/Penata Bunyi: Mazzaidi Mustafa
Gaffer: Mahzame Isa
Penata Cahaya: Nor Razmir Suhaimi
Peralatan Penggambaran dan Pasca Produksi: Adventure Production/KL Motion Pictures Sdn Bhd
Pengurus Produksi: Fitrinie Abas
Penolong Pengurus Produksi: Mohd Joe Ibrahim
Kesinambungan: Wan Natasya Aida Rosli
Tatarias: Siti Zahera Azhar (Zoey), Sarah Evol
Penata Busana: Geena Vee/Wan Nur’Ain Abd Jalil
Pengurusan Data: Mohammad Izzudin
Genset: Roy Hasmawi
Handy: Asang
Penata Seni: Mohamad Khairul Md Dan
Propmaster: Fazley Muzamel (Kechik)
Propman: Mohamad Shukri, Amirul Akmal Ismail
DOP Jurukamera: Irwan Munir
Jurukamera : Jie Ibrahim
Focus Puller: Mohamad Khairul Anuar
Pembantu Focus Puller : Azlan Taharuddin
Pentadbiran: Khadijah Sharin
Pembantu Pentadbiran: Badrulzaman Deraman