Setiap individu akan sentiasa mencari jalan dan peluang untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa di masa hadapan. Bagi Amelia Henderson, dengan mendekati seorang lelaki yang berpangkat Datuk menjadikan angan-angannya untuk hidup mewah akan tercapai. Adakah tepat pilihan Amelia Henderson memilih seorang  Datuk  sebagai peneman hidup untuk mengecapi kebahagiaan hingga akhir hayat?
Saksikan di Slot Lestary, Setiap Hari Rabu – Jumaat, Pukul 9.00 MalamÂ
Saksikan perjalanan Amelia Henderson untuk mengejar populariti dan kemewahan dalam drama terbaharu Cinta Non Grata yang telah pun mula bersiaran pada 20 Mac lalu menerusi slot Lestary di TV3. Drama 20 episod ini turut membariskan pelakon hebat tanah air seperti Raja Afiq, Mona Allen, Edika Yusuf, Datin Maria Farida, Radhi Khalid, Adeline Tsen dan Esma Daniel.
Cinta Non Grata arahan Feroz Kader mengisahkan tentang Darlina (Amelia Henderson) yang sentiasa mengejar populariti di media sosial. Meskipun sering menjadi perhatian lelaki dengan kecantikan yang dimilikinya, Darlina masih belum bertemu lelaki kaya untuk dipergunakan demi memiliki kemewahan hidup. Berlainan pula dengan Hakim (Raja Afiq), seorang yang optimistik mahu megubah nasib orang di sekelilingnya sehingga dapat memberi pengajaran dalam hidup mereka.Â
Hubungan cinta antara Hakim bersama Kartini (Adeline Tsen) yang dahulu telah memberi kesan pada diri Hakim sendiri. Dia tidak mahu mengalami nasib yang sama seperti adiknya,Haikal (Hafiz Bahari)yang kecewa akibat ditinggalkan Darlina. Hakim ingin mengenali Darlina dengan lebih dekat lagi dan membalas dendam atas tindakan Darlina terhadap adiknya itu.
Abdullah (Esma Daniel), bapa Hakim merupakan seorang pembantu peribadi kepadaDatuk Marzuki (Edika Yusuf). Hakim akan menjadi pengganti tempat bapanya jika Abdullah tidak dapat bekerja. Datuk Marzuki mempunyai seorang isteri, Datin Jannah (Datin Maria Farida)dan seorang anak perempuan Zatul (Mona Allen). Mereka berdua bersikap tidak ambil tahu apa yang dilakukan oleh Datuk Marzuki , asalkan mereka dapat duit untuk berbelanja dan hidup mewah.
Memiliki wajah yang tampan dan mempunyai gelaran Datuk sepertinya, membuatkan Datuk Marzuki sentiasa mahu mencari gadis yang lebih muda darinya. Apabila bertemu Darlina, Datuk Marzuki tertarik dengan kejelitaan Darlina dan mahu Darlina menjadi isterinya. Darlina menyangkakan bahawa hidupnya akan senang lenang namun Datuk Marzuki telah menetapkan syarat iaitu dia hanya akan memiliki harta Datuk Marzuki jika dia tidak meminta cerai dalam masa setahun.
Darlina mulai rimas dengan hidupnya yang sentiasa dipantau oleh Datuk Marzuki. Hakim yang diupah oleh Datuk Marzuki sebagai jurugambar yang mengawasi Darlina menjadi tempat luahan Darlina. Hakim mula mengenali sisi Darlina yang berlainan dengan sangkaannya. Hakim mula goyah dan mempersoalkan hatinya kerana dia cemburu melihat Datuk Marzuki bermesra dengan Darlina.
Adakah Darlina akan terus mengejar impiannya untuk mendapatkan harta Datuk Marzuki walaupun hidupnya bagai dalam sangkar emas?
Jangan ketinggalan untuk menonton Cinta Non Grataterbitan Orangetree Productionpada setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 9.00 malam dan juga menerusi portal video www.tonton.com.my.Â
Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram tv3iaitu@tv3malaysia,dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu@dramasangat.