in , ,

Sinopsis Drama Bersiri BICARA CINTA Lakonan Adi Putra, Emma Maembong & Azrel Ismail

Luahkan Bahagia, Biarpun Seketika…

Anis Sofea kehilangan ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya. Anis dikahwinkan dengan Rais agar kehidupan Anis lebih terjaga. Tanpa rasa cinta dan perbezaan usia hampir 20 tahun di antara Anis dan Rais, sukar untuk Anis menerima lelaki itu dengan hati terbuka. Apabila Anis mula menyayangi suaminya, sekali lagi dia diuji dengan dugaan kehilangan Rais. Masihkah ada peluang bagi Anis mengungkapkan cinta kepada Rais? 

Drama bersiri baharu yang sedang rancak disiarkan menerusi slot Samarinda, Bicara Cinta menampilkan gandingan hebat pelakon popular tanah air iaitu Dato’ Adi Putra, Emma Maembong, Azrel Ismail dan Balkisyh Semundur Khan. Drama bersiri 15 episod ini merupakan terbitan Primeworks Studios dan diarahkan oleh Along Kamaludin merupakan inspirasi novel dengan judul yang sama oleh Missa J. 

Bicara Cinta - poster2

Bicara Cinta mengisahkan Anis Sofea (Emma Maembong) membawa diri menjejaki asal usul arwah ibunya di sebuah kawasan pedalaman selepas kedua-dua orang tuanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Atas desakan Tok Ali dan Nenek Humairah, mereka meminta Anis bersetuju untuk berkahwin dengan Rais (Dato’ Adi Putra) agar kehidupan Anis lebih terjaga. 

Tanpa perasaan cinta dan jurang umur hampir 20 tahun di antara Anis dan Rais, memang sukar bagi mereka berdua untuk terus hidup sebumbung. Lama-kelamaan, cinta mula berputik dan mereka mula merasai kasih sayang antara satu sama lain. 

Anis diuji sekali lagi apabila Rais hilang jejak di hutan dan tidak pulang. Anis mulai rasa derita rindu yang tidak tertanggung. Saddiq (Azrel Ismail) pula muncul di kampung setelah sekian lama tidak berhubung. Melihat kepada keadaan Anis sekarang, Saddiq mula menagih cinta dan meminta Anis kembali ke pangkuannya. Tiba-tiba, Rais pulang dalam keadaan tidak terurus. Apakah yang akan berlaku nanti? 

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk terus menyaksikan Bicara Cinta yang sedang bersiaran menerusi slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3. Anda juga boleh menontonnya di laman web www.tonton.com.my.

Bicara Cinta - poster3

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza & Sheikh Muszaphar Tangga Teratas World’s Most Admired People di Malaysia

Murahlah! TGV Cinemas Tawar Harga Tiket Wayang Hanya RM9 Sahaja