Mengekalkan posisi sebagai pembikin kandungan digital utama negara, Astro menerusi Gempak kini mempersembahkan siri terbaharu berkonsepkan ‘spy’ dengan sisipan plot yang menghiburkan kepada para penontonnya menerusi ‘B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit’.
Konsep ini merupakan antara keunikan Gempak Originals dalam menyajikan kandungan-kandungan segar dalam tema penceritaannya selepas kejayaan siri seperti ‘The Maid’ (misteri pembunuhan ‘whodunit’), ‘Ex Aku Pontianak’ (siri seram remaja) dan ‘Scammer Geng Marhaban’ (komedi kekeluargaan). Kali ini, konsep ‘spy’ atau perisik komedi yang berlatar belakangkan sebuah café menjadi nadi utama ‘B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit’ yang ternyata berlainan daripada penceritaan siri-siri komedi di Malaysia.
BADAN ANTI RADICAL INSURGENT TERORIS ANDORSIA atau dikenali sebagai B.A.R.I.S.T.A ialah sebuah agensi perisikan Andorsia, sebuah negara Komanwel fiksyen yang sering terlibat dengan misi-misi perisikan, anti-pengganas dan penyiasatan antarabangsa. Ketika menjalani sebuah misi untuk menghapuskan KURAP (KUMPULAN RADIKAL PEMISAH ANDORSIA SELATAN) yang ingin mengancam Andorsia, Ejen K telah diculik oleh sekumpulan pengganas yang ingin mengecam agensi perisikan mereka.
Untuk menyelamatkan Ejen K, Ejen M yang dikenali sebagai legend spy dan Ejen Gee, seorang penganalisis IT yang nerd dipilih untuk menyelesaikan penyiasatan sulit ini. Namun dalam menyelesaikan misi ini, mereka menemui konspirasi lain yang lebih mengejutkan.
‘B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit’ membawa penceritaan baharu yang mempunyai elemen-elemen yang mampu menarik minat para penonton golongan muda dan berusia dengan konsep yang begitu bersahaja tetapi komedinya kena kepada mereka yang menonton.
Sherry Alhadad kembali menghangatkan siri Gempak Originals ini menerusi karakternya, Ejen M, seorang ejen yang mempunyai kuasa hebat yakni ‘lempangan maut’. Manakala Kamal Adli memegang peranan Ejen Gee yang merupakan seorang penganalisa IT yang bijak namun penakut. Nadia Brian turut tampil sebagai kawan rapat kepada Ejen M, Ejen K. Manakala Fauzi Nawawi muncul sebagai antagonis, di samping Mekyun yang membuat penampilan pertamanya dalam industri lakonan.
Siri ini mendapat sentuhan sutradara Norhanisham Muhammad atau dikenali sebagai ‘Labu’ dengan hasil skrip tulisan Sham Hashim yang juga bertindak sebagai showrunner.
‘B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit’ terbitan Arie Zaharie Productions akan ditayangkan bermula 24 Ogos 2023, jam 11.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk mendapatkan Pek Primary Astro.
Sementara itu, peminat dapat menyaksikan siri digital extension ‘B.A.R.I.S.T.A: Siasatan Dalaman’ di semua platform Astro Gempak pada setiap Khamis, jam 11.35 malam. Siri ini merupakan sisipan eksklusif yang tidak ditayangkan di televisyen.
“Sebagai sebuah jenama yang bermula di platform digital, kami berbangga dengan pencapaian dan evolusi Astro Gempak. Pencapaian ini menjadi pemangkin buat kami di Gempak untuk terus konsisten dalam mempersembahkan drama berdurasi setengah jam dengan memfokuskan variasi konten menarik dalam pelbagai genre dan tema.
Selepas kejayaan beberapa siri seperti ‘The Maid’, ‘Ex Aku Pontianak’, ‘Scammer Geng Marhaban’ dan reality show ‘The House: Ezurin Khyra dan Kamal Adli Uqasha Senrose’, kali ini kami mempersembahkan ‘B.A.R.I.S.T.A. : Misi Terpaling Sulit’ yang dicetuskan oleh penulis dari Gempak sendiri iaitu Sham Hashim serta sentuhan Norhanisham Muhammad atau lebih dikenali sebagai Labu sebagai pengarah yang sebelum ini menghasilkan drama-drama popular di Astro.
B.A.R.I.S.T.A. mempunyai jalan cerita yang menghiburkan, membawa konsep ‘spy comedy’ dengan barisan pelakon yang kuat termasuk Sherry Alhadad dan Kamal Adli – gandingan sebagai Ejen M dan Ejen Gee yang sangat serasi dan menjadi. Terima kasih juga buat Nadia Brian, Fauzi Nawawi, Zarul Husin, Mek Yun, Sadiq M Jamil, Abang Aziz M Osman dan Emelda Rosemila atas komitmen dan lakonan mereka yang mantap!
Kami amat berharap kehadiran B.A.R.I.S.T.A. : Misi Terpaling Sulit dapat diterima para penonton serta memberi pengalaman berbeza kepada mereka. Apa yang boleh kami janjikan, babak-babak yang ditampilkan pasti membuatkan anda tidak senang duduk untuk menantikan episod seterusnya.”
– Syazwan Zakariah
Ketua Content Studio, Astro
SINOPSIS DRAMA ‘B.A.R.I.S.T.A. : MISI TERPALING SULIT’
M & Gee adalah 2 ejen perisik B.A.R.I.S.T.A ala-ala C.I.A dari sebuah negara Andorsia. Ejen M adalah seorang ‘field agent’ manakala Ejen Gee (Kamal Adli) adalah seorang ‘desk-bound analyst’. Mereka dipilih untuk sebuah operasi sulit iaitu selamatkan Ejen K (Nadia Brian), kawan baik M yang juga ejen perisik yang telah diculik oleh sekumpulan pengganas. Lebih mengejutkan, Ejen K dituduh sengaja ditangkap kerana mahu belot pada agensi mereka.