“Akhirnya Kisah Perempuan†Ratapi Penghijrahan Perempuan Jalanan Ke Arah Kebaikan Sempena Maal Hijrah Pada 15 November Ini di TV2
[dropcap]S[/dropcap]empena sambutan Maal Hijrah, Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) tidak pernah jemu untuk menerbitkan drama – drama berkualiti tempatan untuk dikongsi sama dengan penonton. Demi mengajar dan menyampaikan mesej yang berguna kepada penonton, drama Akhirnya Kisah Perempuan antara karya seni tempatan terbitan Drama TV RTM yang mengangkat kisah penghijrahan seorang wanita kearah kebaikan. Ia bakal ditayangkan pada 15 November, Khamis, jam 10.00 malam di TV2.
Akhirnya Kisah Perempuan dilihamkan daripada plot cerita telemovie Perempuan yang telah memenangi Skrip TV Terbaik dan Drama TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2010. Kali ini kisah Perempuan muncul semula setelah 12 tahun perjalanan hidup watak-watak utama Perempuan iaitu Maisarah, Lina, June, Mona dan Christina di mana dahulunya mereka mempunyai perkaitan kisah hidup dalam dan luar sedar mereka. Akhirnya Kisah Perempuan akan memfokuskan proses hijrah watak-watak ini dalam kehidupan mereka kini. Ia dibintangi oleh Dira Abu Zahar sebagai Miasarah, yang telah berhijrah meninsafi segala kehidupan masa silamnya. Beliau kini menjadi sukarelawan di Yayasan Chow Kit dengan membantu anak-anak terbiar yang tiada ibu bapa. Dibantu oleh Zila Bakarin sebagai Lina yang tinggal serumah dengan June lakonan Khatijah Tan serta Corinne Adrienne, Rozie Rashid, Tania Zainal, Ika Farhana, Ruby Ooi dan Mohamad Izzam Syafiq.
Kali ini muncul dua generasi baharu iaitu Elina gadis berperwatakan ‘tomboy’ berusia 16 tahun iaitu anak kandung Maisarah yang masih dia tidak temui selepas bayinya dahulu dijual oleh “bapa ayam†yang telah melacurkan dirinya dahulu. Hakikatnya Elina adalah anak angkat Christina.
Seorang lagi watak baharu iaitu Kamil, 16 tahun, iaitu cucu kepada June yang tidak pernah dia temuinya semenjak dibuang oleh anaknya sendiri iaitu Julia ketika dia berada di dalam tahanan pusat pemulihan. Julia berasa malu lantaran mempunyai ibu seperti June yang merupakan bekas penagih dadah. Julia kini telah menjadi janda kaya setelah ditinggal suami kayanya. Walau hidup mewah, namun hatinya tidak pernah aman. Julia lebih rela bermati-matian memburu bekas suaminya atas dasar kasih dan sayang sedang hakikat anaknya sendiri – Kamil terabai sehingga menjadi nakal, degil dan liar.
Mona masih mencuba untuk mengubah diri menjadi seorang ibu yang lebih baik buat Maisarah namun naluri nakal dalam dirinya mengatasi segala. Mona kini semakin liar akibat ketagihan judi hingga kerap memeras wang gaji Maisarah.
Pecahan kecil kisah-kisah PEREMPUAN ini bertemu di sekitaran hidup Maisarah dan June di tengah-tengah kesibukan Jalan Chow Kit dan Lorong Hj. Taib memperlihatkan putihnya secalit dosa lama manusia-manusia di situ. Hakikatnya hanya mereka sahaja yang berhijrah.
Jangan lepaskan peluang menonton kesudahan drama ini yang pasti akan meruntun jiwa anda. Ikuti drama khas Maal Hijrah menerusi slot Panggung RTM dalam Akhirnya Kisah Perempuan yang bersiaran pada hari Khamis, 15 November 2012 jam 10.00 malam di TV2.