in ,

Sinopsis Derhaka Seorang Madu

Menyusul selepas drama ‘Hujan’ yang telah melabuh tirai awal bulan ini, sebuah lagi drama akan menghiasi slot Azalea berjudul ‘Derhaka Seorang Madu’ hasil garapan sutradara Azhari Zain dan nukilan skrip oleh Zakinah Ab. Zarith serta Eja Lorena menerusi terbitan A. Aida Production. Drama rantaian 20 episod ini menampilkan gandingan pelakon seperti Azhan Rani, Lisdawati, Faradhiya, Aman Nassim, Farisha Crosly, Norlia Ghani dan Lufya.

‘Derhaka Seorang Madu’ berkisar tentang pasangan suami isteri iaitu Kamal (Azhan Rani) dan Hawa (Lisdawati), mereka dikurniakan dua orang anak, Muaz (Aman Nassim) dan Malissa (Farisha Crosly). Apabila Hawa membenarkan Rozita (Faradhiya) dan anak perempuannya, Icha (Lufya) tinggal di rumah mereka, Kamal secara rahsia telah jatuh cinta terhadap Rozita. Dia membuat keputusan mahu berkahwin dengan Rozita.

Sejak berkahwin dengan Rozita, cara Kamal melayan Hawa telah berubah. Dia sangat jarang menziarahi Hawa dan anak-anak mereka, apa lagi ingin memberi nafkah. Jika Kamal menemui Hawa, ia akan berakhir dengan pergaduhan. Ditambah pula, Rozita sering menghasut dan memburuk-burukkan madunya itu dengan pelbagai tohmahan. Rozita menuduh Hawa telah memalukannya di khalayak sedangkan Hawa tidak sengaja terlanggar Rozita pada waktu itu.

Melihat suaminya kerap kali pulang ke rumah dengan kepenatan, Rozita memberi cadangan kepada Kamal untuk berhenti bekerja dan membuka restoran. Kamal keberatan kerana ia memerlukan modal yang besar. Rozita meyakinkan Kamal yang dia sudah mempunyai perancangan untuk mendapatkan modal. Hawa tiba-tiba terkejut apabila Kamal mengarahkannya membuat pinjaman peribadi mewakili mereka berdua sebagai modal perniagaan.

Pada mulanya, Hawa enggan menuruti permintaan Kamal namun bersetuju setelah dipujuk berulang kali dan dijanjikan hak ke atas restoran tersebut. Rozita sebenarnya mahu Kamal menjarakkan dirinya dari Hawa. Icha tidak pernah bersetuju dengan cara Rozita selama ini.

Pelbagai dugaan yang menguji ketabahan Hawa dan keluarga. Berjayakah Rozita memisahkan Hawa dan suaminya, Kamal? Saksikan drama siri terbaru slot Azalea, ‘Derhaka Seorang Madu’ setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang di TV3. Ia juga boleh ditonton menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet dengan melayari portal www.tonton.com.my pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.

Sinopsis Derhaka Seorang Madu

Sinopsis Derhaka Seorang Madu

Sinopsis Derhaka Seorang Madu

Sinopsis Derhaka Seorang Madu

Sinopsis Derhaka Seorang Madu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Kini Dah Ada 2 Juta LIKE di Facebook

Bila Puisi Tanahair Usman Awang Dilagukan