Sejak bertemu Batrisya, Ammara Damia mula berpakaian dan berkelakuan sama seperti Batrisya secara serius. Membeli pakaian dan barang-barang yang menyerupi milik Batrisya. Cara bertutur dan gerak lakunya juga begitu. Paling penting, Ammara Damia memerhatikan aktiviti dan mendengar apa yang Batrisya perkatakan di telefon melalui CCTV. Setiap hari Ammara Damia menghabiskan masanya dengan menonton rancangan talkshow Batrisya di bilik rahsianya.
Kemudian dia melakukan pelbagai layout gambar Batrisya. Di ruang bilik kelihatan poster-poster besar Batrisya dengan pelbagai gaya. Setelah siap kertas kerja, Batrisya tak sabar nak berjumpa dengan Dato Amir Sabirin malangnya pertemuan kali ini sangat berbeza. Rabecca cuba memujuk Batrisya supaya lebih rapat dengan Dato Amir Sabirin. Dengan cara itu dia yakin Dato Amir Sabirin akan melabur untuk Batrisya. Kata-kata Rabecca sungguh-sungguh menghancurkan hati Batrisya. Dia kecewa kerana impian dia untuk menubuhkan Yayasan dipermainkan seperti itu.