Menurut ketua kumpulan Simfoni iaitu Imtiaz, susunan muzik bagi lagu ini disusun oleh Amybong manakala penerbit oleh Fadzli Far East dan Wan Sallehuddin.
“Untuk Single kali ini, kami turut berkolaborasi dengan penyanyi legenda dari band popular 90-an iaitu Ezad Lazim dari kumpulan Exists” tambah Imtiaz lagi.
“Kami memilih Ezad sebagai rakan duet kerana lontaran vokal dan aura dimiliki Ezad dilihat mampu memberi rasa dan variasi vokal yang menarik dalam penyampaian lagu yang bergenre pop seperti Ini” Jawab Anas pula apabila ditanya kenapa Ezad Lazim menjadi pilihan duet bersama Simfoni.
“Lagu TERUS juga sebenarnya merupakan hadiah dari Fadzli Far East kepada saya atas kemenangan saya menerusi pertandingan nyanyian semula lagu Fadzli Far East berjudul ” Carilah Aku di Neraka” pada tahun 2019 dan saya memilih untuk menyanyikan lagu ini bersama kumpulan saya iaitu Simfoni” tambah Ifham.
“TERUS sebuah lagu yang munyuntik semangat kepada pendengar supaya bangkit dan tidak mudah mengalah dalam apa jua situasi sukar yang dilalui dalam hidup. Setiap cabaran yang dilalui harus dijadikan penguat untuk bangkit dan tidak berhenti dalam usaha memperbaiki diri dari segala aspek samaada kerjaya, pembangunan diri ,keluarga,pendidikan dan sebagainya” Ujar Firdaus menjelaskan maksud di sebalik lagu ini.
Penggambaran video muzik lagu TERUS dijalankan di sekitar negeri Kedah Darul Aman. Antara tempat menarik yang menjadi pilihan adalah Cafe The Place by DECO Alor Setar, Dewan Besar Ukir Mall Alor Setar, dan Masjid Sharifah Fatimah Jitra yang baru dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Perdana Standard Penarafan Masjid Malaysia 2020.
Ditanya mengenai harapan kumpulan Simfoni terhadap lagu ini, Hazran menjawab “Kami mengharapkan lagu ini akan diterima ramai peminat, khususnya peminat kami sendiri serta peminat irama nasyid dan lagu-lagu ketuhanan, serta dapat mengambil iktibar dari mesej yang kami cuba sampaikan”
Video Muzik Lagu TERUS boleh ditonton di laman Youtube rasmi Inteam Records pada 16 April 2021 dan boleh didengari di platform digital seperti Spotify, Joox, Itunes, Deezer, Kkbox atau menerusi permintaan lagu di stesen-stesen radio yang ada.