Kumpulan yang ditubuhkan sejak 2017 itu dan dianggotai enam anak muda iaitu Nik Shazrul Ezwan Che Mohd Ariff (Ezwan Ariff) selaku vokalis, Adam Sulaiman Abdul Rahman (Adam Svl- Gitar), Mohd Shafiq Muhammad Sharif (Shafique Sharif – Gitar 2), Mohammad Azuad Abdullah (Azuad Abdullah – pemain dram), Mohd Danial Firdaus (Danial – Keybord) dan Mohamad Nurulnaim Mohamed Sapuan (Naim – Basis) mengakui tidak sabar untuk melihat hasil MV itu.
Menariknya, muzik video itu mendapat sentuhan pelakon hebat, Datin Seri Umie Aida selaku pengarah.
Vokalisnya, Ezwan Ariff berkata, penerbitan MV itu diharap dapat melonjakkan lagi lagu ciptaan sepenuhnya oleh Atiqah Noor itu.
“Dua single sebelum ini kami hanya ada video lirik saja. Kali ini, ia berbeza apabila syarikat rakaman iaitu Seventeen Eleven menerbitkan MV.
“Sesuatu yang membanggakan buat kami juga apabila MV ini diarahkan oleh Datin Seri Umie Aida. Ini pertama kali kami berjumpa dan bekerjasama.
“Jalan cerita MV adalah hasil perbincangan bersama. Selepas Umie mendengar lagu ini, dia terus dapat gambaran mengenai jalan cerita yang ingin diketengahkan.
“Tak sabar nak tunggu hasilnya yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi. Sekali gus dapat melonjakkan lagi populariti lagu ini,”
– Ezwan Ariff
Menurut Ezwan, penerbitan MV itu juga adalah percubaan pertama dirinya dan anggota lain berlakon yang dianggap cukup asing.
Meski berasa kekok, Ezwan berterima kasih kepada pelakon filem Dukun itu kerana banyak memberi tunjuk ajar.
“Diakui memang sangat kekok. Ini pertama kali kami berlakon dengan jalan cerita seperti drama. Apa boleh dikatakan, bukan mudah menjadi pelakon.
“Bekerja di bawah arahan Umie agak menakutkan. Dia seorang yang ‘lagend’. Memandangkan kami tak boleh berlakon, apatah lagi saya yang terbabit dalam banyak babak, dia memang tegas.
Kami cuba juga buat apa yang diinginkan. Selagi tak betul, kami akan buat. Sepanjang hampir dua hari penggambaran, dia tak pernah menjerit, tapi dia jelingkan saja,”
– Ezwan Ariff
Berkongsi mengenai lagu itu, Ezwan berkata sambutan dan maklum balas diberikan sangat menggalakkan.
“Lagu ini dilancarkan sebelum Ramadan lalu. Alhamdulillah, ia sudah dimainkan di stesen radio tempatan.
“Berbanding dua single sebelum ini, dari segi penerimaan dan komen, ia lebih positif dan diterima.
“Kalau dengar bunyi dan muzik lagu ini pun, beza dengan single sebelum ini. Alhamdulillah, ramai suka. Bukan saja peminat, kami juga berharap lagu ini boleh pergi jauh. Kalau boleh nak masuk Muzik Muzik 34 dan AJL34,”
– Ezwan Ariff
Khas buat peminat Neon Band muzik video ‘Kaca’ kini boleh tonton di Youtube channel Seventeen Eleven Music!
Klik di sini untuk terus ke pautan muzik video ‘KACA’ : https://youtu.be/6Y8oC_t3Gy4