in

Singgahan Mewah di Carlton Hotel Singapura

Singgahan Mewah di Carlton Hotel Singapura
oleh Shah Shamshiri

Tersergam indah di Kota Singapura, hotel Carlton merupakan sebuah hotel bertaraf perniagaan yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya. Sebagai hotel persendirian terbesar di negara tersebut, Carlton berjaya membuktikan yang mereka mampu mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya.

Terletak tidak jauh daripada pusat bandaraya Singapura, hotel ini mudah ditujui kerana berada berdekatan dengan stesen MRT Bras Basah. Cuma beberapa langkah sahaja dari stesen MRT tadi sudah cukup untuk sampai ke perkarangan pintu masuk hotel. Diperhebatkan lagi dengan rekaan bangunan hotelnya yang sangat unik, pasti ramai yang tidak akan melepaskan pandangan dari senireka bentuk hotel berprestij ini. Dari jauh lagi sudah kelihatan jendela-jendela kaca serta lengkungan di bahagian tengah menara hotel ini.

carlton 3

Dengan 915 bilik yang dihias secara mewah dan eksklusif, hotel ini turut menawarkan pemandangan pelabuhan serta bandaraya Singapura dengan penuh gah. Terbahagi kepada tiga menara utama , hotel ini mempunya tiga sayap berlainan iaitu menara utama, sayap eksekutif serta sayap premier.

Seperti kebanyakan hotel yang mempunyai bilik-bilik tingkat eksekutif dan premier, para tetamu di bilik-bilik tersebut juga mempunyai kemudahan untuk melakukan daftar masuk dan keluar peribadi (personalised check-in and check -out) selain lounge khas buat sarapan dan juga koktel petang. Biliknya juga sangat menarik, apatah lagi dengan bilik mandi berdinding kaca lutsinar yang pemandangannya hanya boleh ditutup dengan bidai khas dari dalam kamar mandi. Setiap bilik juga mempunyai kemudahan wi-fi buat tamu yang ingin melayari internet.

Carlton juga mempunyai sebuah gimnasium, sebuah kolam renang dan juga sebuah spa untuk beriadah dan menenangkan diri. Ini diserikan lagi dengan beberapa tempat untuk menjamu selera seperti Cafe Mosaic dan Restoran Wah Lok yang menyajikan hidangan terbaik di samping Gravity Bar buat minuman serta hiburan malam dan Equator@Poolside bagi yang ingin menikmati minuman di tepian kolam renang sambil menghayati pemandangan matahari terbenam.

Ia juga mempunyai bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar dan juga dewan utama untuk mengadakan majlis besar-besaran seperti perkahwinan, pameran dan seumpamanya. Terdapat juga tukang jahit, kedai jauhari dan juga salon rambut buat mereka yang mencari kemudahan serta barangan yang disebutkan tadi.

Di hadapan hotel ini juga adalah sebuah pusat membeli-belah untuk kemudahan para tamu yang ingin mencuba makanan tempatan atau membeli barangan tertentu. Sekiranya anda tercari-cari hotel yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di Carlton Hotel di Singapura kerana ia benar-benar kemewahan yang mudah dikecapi!

carlton 1

carlton 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Lagu Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu 26

Tiket Percuma Pentas Muzik Muzik 26 Separuh Akhir