Setelah berjaya menjalani sesi penjurian dan pernilaian lagu, Saiful Azmi bin Giman dinobatkan sebagai juara dalam Projek Lagu Dato’ Jamal di SINAR, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3000 dan lagu bertajuk ‘Suri’ yang diciptanya akan direkod serta dinyanyikan oleh Dato’ Jamal Abdillah.
Empat finalis-finalis lain: Mohd Haznie bin Awang Kassim (Lagu: Dahlia), Mohd Khairul bin Zainal Abidin (Lagu: Nafas Terakhir), Azmi bin Hamzah (Lagu: Puisiku) dan Muhamad Taufik Bin Ab Rahman (Lagu: Keinsafan Dihati) menerima hadiah saguhati berupa wang tunai sebanyak RM250 dan Popsical Remix, alat muzik untuk setiap seorang.
Peminat SINAR boleh menikmati lagu-lagu yang dicipta oleh finalis-finalis Projek Lagu Dato’ Jamal di SINAR menerusi laman Facebook dan Instagram SINAR sekarang.
Untuk maklumat lanjut, layari sinar.my atau ikuti SINAR di platform media sosial.