Kak Engku, Abang Jem dan Krill Bantu Kumpul Dana. Semperna ulangtahun Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang ke 49, FAMA dengan kerjasama SINAR fm akan mengadakan sebuah jualan amal bagi mengumpul dana untuk di sumbangkan kepada 3 buah rumah dan badan kebajikan; Rumah Anak Yatim Al-Faiz Gombak, Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal KL dan Selangor, dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA).
Jualan amal ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyampai-penyampai rancangan SINAR Pagi, Kak Engku, Krill dan Abang Jem yang akan mewakili dan turut membantu dalam kutipan dana rumah dan badan kebajikan tersebut.
Jualan amal ini bukanlah kali pertama FAMA dan SINAR fm bekerjasama mengadakan acara kebajikan seperti ini. Malah, sebelum ini stesen SINAR fm sentiasa mengendalikan aktiviti-aktiviti berbentuk kebajikan bagi menghulurkan bantuan kepada yang sangant memerlukan melalui organisasi yang terlibat.
Dengan adanya aktiviti sebegini, pihak SINAR fm sendiri dapat memupuk kesedaran pendengar. Acara Jualan Amal FAMA ini akan berlangsung di Pasar Tani Putrajaya pada esok hari bersamaan Jumaat, 10 October, jam 5 – 7 petang.
Orang ramai dijemput hadir ke sana bagi turut serta dalam acara amal ini bersama-sama penyampai radio SINAR Pagi seperti Kak Engku, Abang Jem dan Krill! Pastinya kecoh kerana ketiga-ketiga penyampai ini akan bersaing sesama mereka siapakah yang berjaya membuat kutipan jualan tertinggi!