Tahun 2015 pastinya hadir dengan banyak sekali pembaharuan. Ya, kita perlu buat perubahan untuk memberikan sesuatu yang luar biasa, lebih segar dan lebih menepati dan relevan dengan keadaan semasa.
Seperti juga stesen-stesen radio di Malaysia kini sedang sibuk buat rebranding atau dalam bahasa Melayunya, penjenamaan semula. Semua dah tukar penyampai baru. Ada yang berhenti sukarela dan ada yang berpindah randah dari stesen ke stesen. Itu fenomena dan senario yang biasa kita tengok.
Tidak kurang pula ada stesen radio yang buat macam-macam peraduan dan promo untuk mendekatkan lagi stesen mereka dengan khalayak pendengar.
Seperti juga dengan radio Sinar FM yang kini menjengah usia satu dekad. Ya, dah 10 tahun rupanya Sinar FM. Pejam celik pejam celik. Budiey dengar, satu perubahan dan penjenamaan semula Sinar FM akan diumumkan tak lama lagi. Eloklah tu, satu perlumbaan sihat untuk stesen radio yang lain juga untuk memberikan yang terbaik.
Majlis ini merupakan sebuah majlis sesi bersama media yang akan memperkenalkan secara rasminya penjenamaan baru yang telah dilaksanakan oleh stesen Sinar FM pada awal tahun ini.
Pada hari sesei taklimat tersebut, barisan penyampai Sinar FM juga turut berada bersama-sama bagi memeriahkan lagi sesi taklimat bersama media dan pihak pengurusan Sinar FM adalah Raja Azura (KE), Salih Yaacob (SY), Krill, Abby Fana, Kieran, dan ramai lagi.
Bermula 12 Januari 2015 lalu, Sinar FM telah mencapai sebuah halatuju baharu dari sudut penjenamaan logo, fokus tumpuan demografik pendengar, serta penekanan terbaharu yang lebih tertumpu kepada isi kandungan yang lebih ke arah gaya kehidupan Melayu moden pada masa kini.
Pencapaian Sinar FM yang telah berkembang selama 10 tahun telah memberikan impak terhadap pendengar.
Kini, Sinar FM bertukar wajah dan isi kandungan yang lebih kontemporari berbanding sebelum ini lebih tertumpu kearah elemen retro.
Apabila ditukar lagu-lagu klasik, era 80an, era 90an nanti, tidakkah nanti pendengar akan lari ke stesen lain? Atau kita tengoklah apa yang dimaksudkan dengan lebih kontemporari tu ya?