Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Berbekalkan hasrat murni tersebut, pada September 2014, SimplySiti meneruskan Kempen CSR utamanya, SimplySiti Di Hati yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu pembiayaan perubatan kanak-kanak kurang berkemampuan yang menghidap penyakit kronik dan mengancam nyawa.
SimplySiti bekerjasama dengan Yayasan IJN, sebuah badan amal tidak berlandaskan keuntungan yang bertanggungjawab di dalam memberikan bantuan kewangan bagi membiayai kos pembedahan pesakit jantung yang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Hasil jualan dari kaunter SimplySiti di Watsons telah disalurkan kepada 3 orang kanak-kanak terpilih pada hujung kempen tersebut.
“Cinta adalah memberi tanpa mengharapkan balasan” – Oscar Wilde
Kini Kempen CSR SimplySiti “Di Hati 2015” kembali pada Jun dengan azam serupa untuk memenuhi hasrat kanak-kanak dari Institut Jantung Negara untuk menjalani kehidupan dengan lebih sihat dan positif.
Berganding bahu secara eksklusif bersama Watsons, 5% dari setiap pembelian bernilai RM100 yang dibuat ke atas produk SimplySiti akan disalurkan ke tabung Program Bantuan Pesakit, Yayasan IJN khas untuk membantu 3 kanak-kanak terpilih seperti berikut:
“Kebahagiaan diperoleh dari apa yang kita beri dan bukan dari apa yang kita kecapi” – Ben Carson
Siti Nur Ain Binti Mohd Sukri | Tan Kai En | Somroot A/L Ijom |
Perempuan, 4 tahun, Melayu | Perempuan, 5 tahun, Cina | Lelaki, 7 tahun, India |
Pembedahan untuk jantung berlubang yang dipanggil “Atrioventricular Septal Defect” | Pembedahan pintasan yang dipanggil “Glenn shunt” | Pembedahan/ pertukaran injap trikuspid dan pertukaran injap pulmonari |
Pesakit adalah anak bongsu dari 5 beradik dan menghidap ‘down syndrome’. Ibunya merupakan suri rumah tangga sepenuh masa manakala bapa bekerja sebagai nelayan. Mereka sekeluarga tinggal di rumah kampung dilengkapi kemudahan asas. | Pesakit adalah anak bongsu dari 2 beradik. Bapanya telah meninggal dunia manakala ibu merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Mereka sekeluarga tinggal bersama datuk dan nenek sebelah bapa dan kos sara hidup ditanggung oleh bapa saudara. | Pesakit adalah anak bongsu dari 3 beradik. Ibu bapanya bekerja sebagai penoreh getah. Mereka sekeluarga tinggal di rumah separa kekal dilengkapi kemudahan asas. |
Connexion@Nexus sekali lagi berbesar hati untuk menjadi penaja lokasi Sidang Media pada 3 Jun 2015.
Marilah kita berganding bahu dengan satu hati dan satu misi untuk merealisasikan harapan 3 orang kanak-kanak istimewa ini agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih sihat dan sempurna.
SimplySiti. Keranamu.
Kempen SimplySiti Di Hati 2015 dibawakan secara eksklusif bersama Watsons dari 15 Jun – 15 Julai 2015.
Dato’ Siti Nurhaliza dikenali sebagai salah seorang penyanyi paling popular di Malaysia. Beliau terus berusaha memberikan yang terbaik buat para peminat yang membuatkan beliau tetap bertakhta di hati rakyat Malaysia. Terkenal dengan kecantikan dan kejayaan sebagai seorang penyanyi, penulis lagu dan lirik, penerbit rekod, dan ahli perniagaan menjadikan beliau anak seni yang paling disayangi di negara ini.
Pada 2010, Dato’ Siti Nurhaliza telah memperkenalkan SimplySiti, sebuah jenama kecantikan sebagai langkah untuk berkongsi rahsia kecantikan beliau kepada wanita-wanita yang menjadikannya sebagai ikon kecantikan. Berkat sokongan ramai, SimplySiti mampu mencapai kejayaan sebagai salah satu jenama kecantikan yang setaraf dengan jenama lain di pasaran dalam tempoh hanya 4 tahun. Inovasi produk yang unik bagi rangkaian penjagaan kulit dan wangian, serta warna-warna kosmetik yang mengikut trend semasa, serta berkualiti tinggi membuatkan SimplySiti antara jenama kecantikan yang diminati.
SimplySiti mempunyai lebih dari 450 rangkaian pengedar yang terdiri dari Watsons, Guardian, Aeon, Aeon Wellness, Tesco dan Sogo. Produk SimplySiti juga boleh didapati secara online di www.simplysiti.com.my/shop/ dan juga rakan kongsi digital terpilih. SimplySiti bersedia untuk terbang lebih tinggi pada masa akan datang dengan perkembangan produk yang pelbagai dan lebih menarik.