SEMUA SUDAH merupakan karya ciptaan komposer, penerbit dan rapper terkenal Alif manakala lirik pula merupakan tulisan bersama Alif dan Lizzy sendiri. Sekarang ni Alif ada di mana-mana ya. Merata-rata! Ramai penyanyi sekarang ini mempercayai kebolehan yang ada pada Alif. Lagi pun kat Malaysia ni tak ramai yang boleh buat lagu macam ni lagi dah, kan?
Perempuan Cantik Biasa Kena Spedo?
Dari muzik video yang Budiey tonton kat bawah ini, dapat Budiey simpulkan ada simbolik yang terselit iaitu lagu ini mewakili perempuan cantik yang dikelilingi dan disogokkan dengan harta benda, barangan mewah yang mahal-mahal dan kekayaan segala. Tapi setelah dapat apa yang dicita-citakan, segalanya lenyap sekelip mata.
“Barang mewah, mahal dan baru. Tak faham motif semua itu.”
– Lirik Lagu SEMUA SUDAH
Kat luar sana ramai lelaki-lelaki kaya sanggup spedo pompuan semata-mata nakkan kepuasan. Selepas dipergunakan mereka ditinggalkan. Habis manis sepah dibuang.
Lagu ini lebih beat, lebih cathcy dan lebih fast. Elizabeth Tan kelihatan steady menari bersama penari dengan step yang menarik dan mudah dibuat.
Muzik video ini menggunakan empat orang penari latar lelaki. Yang menarik, ramai yang komen tentang kelibat penari yang punya wajah yang sama dengan Fattah Amin. Tak kurang ada yang cakap, muka penari tu macam Fendy Bakry.
“Pertama kali Lizzy bekerjasama dengan Alif yang sebelum ini menghasilkan banyak lagu hits untuk penyanyi terkenal tanahair seperti Kaka Azraff, Zizan Razak, De Fam, Joe Flizzow, Adira dan ramai lagi memberi satu kelainan dan ini yang Lizzy mahukan. Berbeza dengan lagu-lagu sebelum ini, nampaknya genre pop seperti ini memberi nafas baru dalam karier Lizzy,”
– Elizabeth Tan
Rentak Hip Hop Yang Catchy
Alif yang dikenali ramai menerusi gaya tersendiri dalam rentak ciptaannya, menggubah “Semua Sudah” dengan menyuntik elemen kontemporari dan rentak hip hop yang ‘catchy’.
Melihat kepada komen dari penonton MV ini, ramai yang komen dengan pendapat yang positif mengatakan lagu ini lebih baik daripada apa yang sebelum ini seperti POLICE ENTRI.
Ada juga yang buat parodi lirik lagu ini:
“View pun sudah Dengar pun sudah Like pun sudah Comment pun sudah Share pun sudah Semua sudah…. Semua sudah.”
– Peanut Bahrin
Ada yang menyamakan Elizabeth Tan dengan Taylor Swift.
“Am i the only one who thinks that she is taylor swift malaysia ? And sometime aku terlupa dia chinese.”
– Marie
Ditambah lagi dengan melodi yang mesra telinga dan bait-bait lirik yang menggunakan bahasa yang mudah diingati, lagu ini dijangka bakal mencuri dan mengikat perhatian pendengar. Apa pendapat korang tentang lagu ini?