in ,

Perasaan Penghidap Bipolar Disorder Dalam Filem SILVER LININGS PLAYBOOK

Perasaan Penghidap Bipolar Disorder Dalam Filem Silver Linings Playbook di TV2

Gangguan bipolar ialah penyakit mental yang menjejaskan ragam, tenaga dan keupayaan seseorang untuk berfungsi. Seseorang yang mengalami gangguan ini mengalami perubahan ragam atau mood daripada perasaan terlalu gembira kepada kemurungan.

SILVER LININGS PLAYBOOK

Hakikatnya gangguan bipolar amat membebankan pesakit dan keluarga mereka dan boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan, jangka hayat lebih pendek, pengasingan sosial dan kualiti hidup kurang baik.

Mengangkat kisah seorang penghidap penyakit ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan tontonan filem yang mendapat banyak anugerah dalam Oscar untuk tahun 2013 iaitu “Silver Linings Playbook”. Disiarkan pada 16 Oktober ini, pukul 9.30 malam menerusi TV2, filem arahan David O Russel ini menampilkan lakonan mantap Bradley Cooper, Jacki Weaver, Jennifer Lawrence dan Robert Di Nero.

SILVER LININGS PLAYBOOK

Ia mengangkat kisah watak utama pengidap penyakit ‘Bipolar Disorder’ cuba untuk menyesuaikan diri untuk menjalani kehidupan yang normal. Beliau kemudian berkenalan dengan seorang janda yang memerlukan bantuannya untuk menjadi pasangan tarian di dalam satu pertandingan. Akhirnya beliau dapat menghilangkan perasaan stres dan meneruskan hubungan cintanya dengan pasangan baru itu.

Kisahnya bermula dengan watak lelaki bernama Pat Solitano yang mempunyai sakit ‘Bipolar Disorder’ yang tinggal bersama keluarganya selepas menjalani rawatan selama lapan bulan di sebuah institusi mental.

Selepas dibebaskan Pat berhasrat untuk balik kehidupan biasa dan juga hendak bersama isterinya, tetapi isterinya telah minta diceraikan. Pat menghadapi pelbagai masalah dan tekanan perasaan daripada masa ke masa yang kadangkala beliau tidak dapat mengawal dirinya dan pernah bergaduh dengan bapanya sendiri.

SILVER LININGS PLAYBOOK

Suatu hari Pat berjumpa dengan seorang janda bernama Tiffany yang mempunyai masalahnya sendiri. Tiffany menawarkan diri untuk membantu menghantar surat Pat kepada bekas isterinya dengan syarat Pat menjadi pasangannya dalam satu pertandingan tarian.

Mereka berlatih bersama dan menjadi makin rapat sehingga membibitkan perasaan cinta di antara mereka. Terapi tarian, perhubungan dengan Tiffany dan rasa cinta telah membantu Pat mengatasi masalah mental yang dihadapinya selama ini dan dapat melupakan bekas isterinya buat selamanya dan menjalinkan hubungan cintanya dengan Tiffany.

Namun apakah kesudahannya? Siapakah yang menjadi pilihan antara Tiffany atau isterinya? Dapatkah Pat mengatasi penyakitnya?

SILVER LININGS PLAYBOOK

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hael Husaini Pernah Dikritik Oleh Juri ONE IN A MILLION

Luqman Faiz Tujuh kali Ulang Rakaman Demi KEPURAANMU