Astro OASIS tampil dengan program masakan berkonsepkan travelog untuk memenuhi cita rasa penonton setia saluran 106.
Setelah memulakan perkhidmatan sepenuhnya pada 13 Oktober lalu, Astro OASIS (Saluran 106 Astro), mengorak langkah dengan menawarkan program masakan baru berkonsepkan travelog, Rasa Halal Orient.
Menurut Pengurus Saluran Astro OASIS, Encik Izelan Basar,
“Menyingkap tentang Rasa Halal Orient, secara jujurnya idea untuk menghasilkan program ini timbul apabila melihat sambutan masyarakat terhadap program-program masakan. Namun bersesuaian dengan intipati program Astro OASIS yang menjurus kepada gaya hidup muslim, maka pihak Astro OASIS terpanggil untuk melahirkan sebuah program masakan yang bertemakan makanan halal. Bagi mencetuskan kelainan, Astro OASIS memilih untuk menampilkan program masakan berkonsepkan travelog yang lebih santai dan dekat di hati penonton.”
Pada majlsi yang sama, Astro Oasis turut mengumumkan penglibatan Farah AF2 sebagai pengacara rogram Rasa Halal Orient. Bersesuaian dengan saluran gaya hidup muslim, Farah AF2 turut tampil bertudung dalam menjayakan program ini.
Kenali Masakan China di Rasa Halal Orient Di Saluran Astro Oasis
Dalam jangkamasa 15 hari, sebanyak 13 episod Rasa Halal Orient telah selesai menjalani pengambaran di Xian, China bermula 26 Januari 2008. Selain menampilkan resepi masyarakat Xian, Rasa Halal Orient turut menjelajah ke Great Mosque dan dua buah masjid lama di Xian. Tidak ketinggalan, Rasa Halal Orient turut menampilkan suasana di Muslim Street dan restoran-restoran yang menyanjikan makanan halal di Xian.
Dengan durasi 30 minit, program Rasa Halal Orient bakal menemui penonton pada setiap hari Jumaat, jam 10.30 pagi bermula 18 April ini di saluran Astro OASIS.
Pada majlis itu juga Astro OASIS turut menampilkan tetamu istimewa, Imam Haji Mohd Fudail Ma yang didatangkan khas dari Xian, China.
Comelkan Farah bertudung? Nampaknya, bertambah la berat Farah kita ni sebab dalam program ni kerja Farah makan aje memanjang. Nasib baik cuaca kat sana sejuk sampai Farah menggigil. Cuaca sejuk bersalji boleh mencairkan dan memecahkan lemak-lemak dalam badan.
Kredit foto dari kamera krew penerbitan Rasa Halal. Terima kasih.
[tags]Program tv, Rasa Halal Orient, izelan basar, astro oasis, travelog, tips kurus, lipo, surgery, obesity, travel blog, tour china, matta fair, program masakan, chef popular, farah breep, gambar farah bertudung, cover muslim[/tags]