Budiey juga mendapat maklum balas dari ramai peminat setia dua pelakon yang tengah hot ni begitu menyokong Aeril tidak mempercayai tentang fitnah yang disebarkan ini.
Kata mereka, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan Aeril sehingga sanggup menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan reputasi dan imej pelakon ini. Selain itu ada juga desas desus yang mengatakan Wawa Zainal sudah terpengaruh dengan pujuk rayu dan hasutan Aerul Zafrel supaya tidak lagi berlakon di bawah pengurusan MIG. Adakah ini benar atau khabar angin semata.
Pada hari ini, hari Jumaat, 11 Oktober maka tibalah masanya untuk Aeril Zafrel ditemani Wawa Zainal tampil memberikan jawapan sebenar. Budiey pasti sidang media ini akan merungkai segala jawapan di sebalik kontroversi yang melanda.
Merujuk kepada akaun Twitter kedua-dua pelakon ini, mereka seperti memberi gambaran yang mereka akan menafikan segala laporan yang dibuat oleh akhbar sisipan yang mendedahan perkahwinan mereka.