Awesome TV mensasarkan segenap lapisan masyarakat dari semua golongan umur dan juga latar belakang sosial dan ekonomi. Menampilkan kepelbagaian dalam pengisian untuk menepati citarasa semua lapisan masyarakat, Awesome TV mengetengahkan 5 genre kesukaan ramai iaitu komedi, hiburan, drama, bicara dan kanak-kanak. Selain daripada program melayu, Awesome TV turut tampil dengan variasi hiburan dari Korea, Thai, Indonesia, Hindustan dan juga Hollywood.
Dato’ Adam Mohamad Ilyas, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, menyifatkan Awesome TV sebagai sebuah saluran alternatif bagi mereka yang gemarkan hiburan yang positif dan segar. Beliau berpendapat,
“Dengan lanskap penonton yang sangat kompetitif, kami melihat potensi untuk bersiaran memandangkan mentaliti penonton yang semakin bijak memilih pegisian program yang baharu dan menarik.
Tujuan kami adalah untuk meningkatkan kesedaran di saluran kami pada peringkat awal ini dengan memanfaatkan barisan penggiat seni yang berbakat dan kandungan berkualiti yang pelbagai,”
“Kami akan berusaha untuk menjadi fokus utama dalam penyiaran media hiburan dan bertekad untuk menghasilkan pengisian program yang menarik serta asli untuk penonton di Malaysia.
Dengan pancaran secara Definisi Tinggi (HD), penonton akan mendapat satu pengalaman yang baharu yang lebih memberangsangkan berbanding saluran TV yang lain,”
– Dato’ Adam Mohamad Ilyas
Menurut Pengarah Urusan Awesome TV pula, En Johan Ishak,
“Misi Awesome TV adalah untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan penonton dengan variasi program yang menarik dan menghiburkan. Kami juga ingin dikenali sebagai perangsang minda atau â€mood booster’ di kalangan masyarakat Malaysia.
Selaras dengan misi itu, Awesome TV turut bersedia dengan transformasi digital di mana penonton boleh menonton program-program Awesome TV melalui  laman sesawang rasmi, www.awesometv.my (OTT) kami,”
– Johan Ishak
Selari dengan evolusi teknologi platform media sosial yang semakin berkembang dan mempunyai golongan sasar tersendiri, Awesome TV turut aktif mempromosi akaun media sosialnya kepada pengguna Facebook, Instagram, Twitter dan Tik Tok.
Menerusi semua akaun rasmi media sosial stesen tersebut seperti yang tertera di bawah, penonton akan memperolehi informasi terkini mengenai program yang bakal ditayangkan selain pengeposan yang bersifat interaktif.Â
@awesometv.my | |
Awesome TV | |
Tik Tok | @awesometv.my |
Awesometv_my | |
Youtube | Awesome TV |
Saluran Awesome TV boleh secara percuma melalui TV pintar (Smart TV). Sekiranya penonton tidak mempunyai TV pintar, mereka boleh mendapatkan set dekoder MYTV dari pengedar yang berhampiran atau sesawang e-dagang.Â
Pembeli hanya perlu memastikan set tersebut mempunyai kelulusan kerajaan dengan tanda DTTV.  Ini bersesuaian sekali sebagai langkah menyahut inisiatif kerajaan dalam pemindahan siaran analog ke digital seluruh Malaysia secara percuma.Â
Jangan lupa menonton Awesome TV pada 3 Ogos 2020 melalui siaran 112 di MYTV (myFreeview).