Pada Jumaat 19 Disember jam 3 petang, para penyampai THR Gegar telah berkumpul di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang bagi menyambut kedatangan Pak Majid! THR Gegar akan mengadakan siaran luar istimewa dari perkarangan Stadum Darul Makmur bagi menyambut Pak Majid yang telah selesai dalam misinya untuk berjalan kaki mengelilingi semenanjung tanah air.
Siaran luar yang bermula pada jam 3 hingga 7 petang tersebut akan turut dihadiri oleh barisan perwakilan dari Persatuan Bolasepak Negeri Pahang dan juga peminat-peminat setia pasukan bola sepak Pahang.
Pak Majid atau nama sebenar, Abd Majid Abd Hamid merupakan seorang penyokong tegar pasukan Pahang yang telah bernazar untuk berjalan kaki mengelilingi semananjung Malaysia atas kemenangan pasukan bola sepak Pahang di perlawanan Piala Malaysia tempoh hari.
Menurut Pengurus Kandungan THR Gegar, Azaari Atan pihak THR Gegar turut mengekori jejak perjalanan Pak Majid dan memberikan maklumat dari masa ke semasa kepada para pendengar siaran THR Gegar.
“Kami di THR Gegar sangat berbanga dengan apa yang dilakukan oleh Pak Majid, seorang anak jati Pahang dalam misinya yang sangat bermakna ini. Tambahannya lagi, misi Pak Majid sekali gus telah mengharungkan nama negeri Pahang dan turut memberi semangat kepada rakyat di Pantai Timur.”
Pak Majid dijangka akan tiba di pintu masuk Stadium Makmur Kuantan pada pada jam 4.45 petang. Jadi diharapkan agar para penyokong pasukan bolasepak Pahang dapat turut serta meramaikan dan memeriahkan lagi suasana di lokasi tersebut bagi menyambut kepulangan Pak Majid
Hogoh Pahang hogoh!