Peringkat separuh akhir program Muzik Muzik 35 (SFMM 35) episod ketiga yang dijadual berlangsung jam 9 malam ini di TV3, ditunda.
Ia susulan penyanyi, Alif Satar yang juga peserta SFMM 35 episod pertama, kelmarin disahkan positif Covid-19.
SFMM 35 yang dijadual berlangsung malam ini bakal mengumumkan 12 lagu yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) tahun depan.
Terdahulu, Alif menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram dengan mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjani ujian swab beberapa hari lalu.
Difahamkan, penyanyi itu dimaklumkan oleh bapanya mengenai salah seorang kontrak rapat yang ditemui Alif pada Selasa lalu positif pandemik itu dan terus bergegas menjalani ujian saringan Covid-19.
Alif kini menjalani rawatan dan proses kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka bermula hari ini.