in

Siapakah Pemenang HERO OVEN Pertama Malaysia

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, Hero Oven pertama Malaysia bakal dinobatkan! Pusingan separuh akhir Hero Oven telah mula disiarkan dua minggu lepas di mana 10 orang hero – Mashad, Zam, Rahmat, Akmal, Brynner, Firdausy, Faiz, Hamidy, Naem dan Taufiq telah berentap untuk menawan hati para juri dalam bidang pastri.

Para Juri bakal mengumumkan 2 peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir

Siapakah Pemenang Hero Oven Pertama Malaysia

Barisan hero ini telah diberikan 3 cabaran berbeza dalam menghadapi tugasan-tugasan yang diberi oleh para juri demi membuktikan bahawa mereka layak untuk menjadi chef selebriti yang berkaliber. Untuk menjadi seorang chef selebriti, selain berkebolehan untuk memasak seseorang itu perlu mempunyai tahap karisma yang tinggi.

Kesemua hero ini dinilai melalui tiga kriteria yang harus dipenuhi iaitu rasa, teknikal dan rupa untuk melayakkan diri mereka ke peringkat akhir. Selain itu, mereka juga harus memastikan bahawa produk yang dihasilkan mempunyai citarasa yang tersendiri.

Sepanjang penglibatan setiap peserta dalam Hero Oven, para juri akan memerhatikan juga cara interaksi kesemua Hero. Untuk digelar sebagai seorang chef selebriti, mereka perlulah menguasai cara memikat hati para penonton.

4 Finalis Hero Oven

Brynner, Firdausy, Naem & Zam Mara Ke Pusingan Akhir Dapur Hero Oven!

Program realiti memasak yang dihoskan oleh Chef Fikree Aznan, Chef Sarah Samsul Ariffin dan Kilafairy juga selaku panel juri ini telah menyaksikan kesemua 10 peserta separuh akhir diuji menerusi tiga cabaran.

5 orang hero telah bertanding dalam pusingan separuh akhir bahagian pertama, dan mereka adalah hero Mashad, Taufiq, Firdausy, Hamidy dan Brynner. Tiga cabaran telah diberikan kepada mereka. Cabaran pertama adalah untuk menyediakan puff pastry.

Seterusnya, kepakaran mereka diuji lagi melalui cabaran kedua di mana mereka harus menyediakan kek dua tingkat (two-tier cake). Para hero juga boleh memilih untuk menghias kek mereka dengan menggunakan aising atau fondan. Bagi cabaran ketiga, setiap hero harus membuktikan kemahiran teknikal mereka dengan menyediakan menara macaron setinggi 60cm.

Setiap hero juga telah diberi masa selama 2 jam untuk menyiapkan ketiga-tiga cabaran tersebut. Namun, hanya dua hero terbaik sahaja yang telah dipilih untuk mara ke peringkat akhir Hero Oven, dan mereka merupakan hero Brynner dan Firdausy.

5 orang hero yang lain pula telah berentap dalam pusingan separuh akhir bahagian kedua, dan mereka adalah hero Rahmat, Naem, Akmal, Faiz dan Zam. Seperti bahagian pertama, kesemua hero ini juga harus menyediakan 10 biji hidangan Danish puff pastry.

Untuk cabaran teknikal pula, mereka harus melengkapkan menara Croquembouche setinggi 60 cm. Lebih mencabar lagi, mereka perlu memastikan bahawa setiap Croquembouche mempunyai inti. Bagi cabaran ketiga, mereka juga harus menyediakan kek dua tingkat (two-tier cake).

Setiap hero harus memastikan bahawa produk-produk mereka berjaya kerana ini merupakan peluang terakhir bagi mereka untuk memikat hati para juri. Rumit sebenarnya bagi para juri untuk memilih siapakah 2 hero yang berpotensi untuk menyertai 2 orang peserta pusingan akhir yang lain. Namun, keputusan tetap perlu dilakukan. 2 orang Hero yang berjaya menewaskan peserta-peserta lain dalam pusingan separuh akhir bahagian kedua adalah hero Naem dan Zam Akmal.

Bukan senang nak jadi hero, siapakah di antara Brynner, Firdausy, Naem dan Zam yang bakal menjadi pakar manisan kesukaan rakyat Malaysia? Nantikan debaran pusingan akhir Hero Oven yang akan bersiaran pada hari Selasa selama 1 jam bermula 11 pagi di TV3!

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/herooven dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton pada hari tersebut, anda juga boleh menonton siaran ulangan pada setiap hari Sabtu, pukul 6.00 petang dan layari portal video nombor satu negara di www.tonton.com.my.

Salah satu produk yang disediakan oleh peserta Hero Oven

Menara macaron yang disediakan

Kilafairy, Chef Fikree dan Chef Sarah selaku juri dan hos menilai kemahiran setiap Hero

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ilm Arts Festival Bakal Berlangsung Hari Sabtu Ini!

Astro Lancar Saluran Baru TARA HD