Seorang pelakon popular dari Korea Selatan dikhabarkan sedang mula mengorak langkah untuk berlakon dalam sebuah drama Melayu 100% terbitan produksi Malaysia.
Setakat ini, Identiti pelakon tersebut yang masih dirahsiakan itu sedang mula menyiapkan diri untuk fasih dalam berbahasa Melayu. Selain itu, dia juga sedang mengkaji selok-belok industri perfileman tempatan.
Dalam pada masa yang sama, produser yang bakal mengarah dan menerbitkan drama tersebut juga sedang menilai karaktor yang betul-betul sesuai dengannya. Bagaimanapun, dalam drama tersebut, pelakon ini akan berbahasa Melayu sepenuhnya.
Menerusi informasi yang diberikan, pelakon tersebut kini di bawah pengurusan agensi yang aktif di Korea dengan menerbitkan album artis K-POP yang pernah melibatkan diri dalam festival Korea yang berlangsung di Malaysia baru-baru ini.
Malah, agensi yang menggunakan nama sejenis ikan itu turut menjadi salah satu agensi yang menampilkan ramai pelakon-pelakon hebat dan popular di Korea.
Siapakah pelakon yang dimaksudkan itu? Adakah pelakon lelaki atau wanita? Dan siapa pula produser popular tempatan itu? Mungkinkah drama ini bakal di siarkan di ASTRO atau Media Prima?
Tunggu…