in ,

Siapakah Juara Lagu Cinta Kita Musim Ke-2, Bakal Bawa Pulang Wang Tunai Sebanyak RM50,000?

Dua hati bakal bersatu dan manakah pasangan yang bakal merangkul gelaran Juara Lagu Cinta Kita 2 serta membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000?

Diadaptasi daripada program popular CJ ENM, â€˜Love At First Song’, program ‘music dating’ yang dinamakan sebagai Lagu Cinta Kita untuk versi Malaysia akan melabuhkan tirainya pada malam ini. Bersiaran secara langsung dari pukul 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam di TV3, strim live HD di www.tonton.com.my  dan Youtube TV3 Malaysia Official, Lagu Cinta Kita 2 Final menyaksikan 5 pasangan duet, Adly & Darling, Iss Arffan & Mya, Kael & Evie, Khareez & Nadeera dan Syafiq & Serramempersembahkan 2 buah lagu dalam 2 pusingan. 

Bukan itu sahaja, kedua-dua hos, Elly Mazlein dan Azwan Ali serta ketiga-tiga juri iaitu Ajai, Hael & Mas Idayu juga akan membuat persembahan istimewa nanti. Nantikan persembahan menarik daripada Dayang Nurfaizah & Zizi Kirana manakala Rozita Che Wan menyerikan episod akhir sebagai Panel Cinta untuk membincangkan topik ‘Percintaan & Jarak Umur’ . 

Pemarkahan setiap peserta akan ditentukan dengan 70% markah daripada barisan juri profesional dan 30% daripada jumlah undian online di laman rasmi Lagu Cinta Kita Musim 2 (www.xtra.com.my/lck2). 

Juara Lagu Cinta Kita Ke-2 bakal membawa pulang trofi, hadiah wang tunai berjumlah RM 50,000, telefon pintar Samsung S20 FE 5G, memiliki sebuah single lagu duet dan video muzik. Manakala tempat kedua akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 30,000, tempat ketiga berjumlah RM 20,000, tempat keempat berjumlah RM 15,000 dan tempat kelima berjumlah RM 10,000. Kesemua finalis turut menerima hadiah hamper produk Nivea Hokkaido Rose dan Nivea For Men. 

Berikut ialah senarai lagu persembahan di Lagu Cinta Kita 2 Final: 

NoNama Tajuk Lagu
1Azwan Ali, Elly Mazlein feat Zizi Kirana4 Dara
2Zizi Kirana Eh
3Syafiq & SerraMuara HatiHilang Naluri
4Adly & DarlingRoadblock HatikuMy Heart
5Iss Arffan & Mya Aku Cinta Seperti Mati Lampu
6Kael & EvieItu KamuTunggu Sekejap
7Khareez & NadeeraCeritera CintaKuch Kuch Hota Hai
8Ajai & Mas IdayuHati Ini Telah Dilukai
9Hael Husaini & Dayang NurfaizahIngin Bersamamu

LCK2 adalah program realiti nyanyian duet dan mencari jodoh untuk peserta yang bujang dan belum mempunyai pasangan hidup. Di peringkat pertama, para peserta akan dipadankan melalui pilihan lagu yang sama. Setelah dipadankan, peserta akan diberi markah dari segi keserasian semasa persembahan duet setiap minggu. 

Sejak disiarkan pada 8 November 2020, program â€˜music dating’ Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) terus mencipta fenomena sehingga menjadi program paling tinggi ditonton dengan mencecah 2 juta penonton dan â€˜trending’ di laman media Twitter secara organik sepanjang waktu siaran. 

Diterbitkan oleh Primeworks Studios dan diketuai oleh Muhamad Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif, Lagu Cinta Kita 2 menampilkan Celcom Xpax Prepaid Tanpa Had dan NIVEA Hokkaido Rose dengan haruman ros mewah sebagai penaja bersama serta Hot FM sebagai rakan radio rasmi. Ikuti info terkini LCK2 di Instagram @LaguCintaKitaOfficial dan gunakan #LaguCintaKita2 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zoey Rahman Terima Hadiah Toyota Vellfire dari Mika Series Sempena Hari Jadi Ke-36 Tahun

Akhmal Nazri Selamat Bergelar Suami Kepada Alyssa Joanne