Setelah sembilan minggu bertempur di atas pentas Qu Puteh Bintang Bersama Bintang, hanya empat kumpulan yang berjaya mara ke Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang. Achey, Bocik, Titan, dan Chilok merupakan finalis Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang setelah menyaksikan gelaran juara mingguan dan hadiah wang tunai RM10,000 menjadi milik Achey pada malam Ahad yang lalu. Di samping itu, kumpulan Sumbu telah diumumkan tersingkir dari Qu Puteh Bintang Bersama Bintang.
Konsert kesembilan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) turut menampilkan Hazama bersama Fauziah Ahmad Daud selaku juri jemputan dan Pengasas Vida Beauty, YBhg. Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman, selaku juri tetap. Peserta telah dinilai oleh para juri yang mewakili 50% markah keseluruhan, manakala lagi 50% markah adalah berdasarkan undian melalui SMS oleh penonton.
EMPAT KUMPULAN MARA KE ‘SUPER QU PUTEH BINTANG BERSAMA BINTANG’
Minggu yang bertemakan kekeluargaan dan kemasyarakatan ini, Achey mempersembahkan sebuah sketsa mengenai seorang bapa yang miskin dan mempunyai seorang cahaya mata (lakonan Adik Puteri Balqish). Achey sedang bermain dengan burung murainya ketika Balqish bertanyakan tentang basikal tua bapanya. Achey menerangkan bahawa basikalnya telah dijual demi membeli telefon bimbit sebagai hadiah kecemerlangan anaknya. Satu tragedi yang menyayat hati apabila Balqish membuang telefon itu kerana ia merupakan telefon berteknologi lama dan tidak mempunyai internet.
Menurut Achey, selaku juara mingguan malam semalam, “Saya sentiasa mencari satu kelainan dalam setiap persembahan saya setiap minggu. Kali ini saya membawakan Adik Puteri Balqish sebagai artis jemputan saya kerana bertepatan dengan jalan cerita saya yang mengisahkan seorang ayah dan anak. Saya mencuba untuk mengetengahkan dua elemen iaitu unsur jenaka dan dramatik. Alhamdulillah unsur dramatik saya yang lebih berkesan di akhir persembahan tadi.”
Berikut adalah senarai artis jemputan yang telah berganding dengan peserta malam semalam.
KUMPULAN ARTIS JEMPUTAN
ACHEY Puteri Balqish
BOCIK Rahim
TITAN Douglas Lim
SUMBU Shiha Mentor
CHILOK Bell Ngasri
Penonton QPBBB boleh mengundi peserta kegemaran mereka dengan menaip BBB untuk satu undian atau BBB5 untuk lima undian diikuti dan hantar ke 33399. Setiap satu undian akan dikenakan caj sebanyak RM 0.50.
QPBBB dihoskan oleh AG Hot FM dan Yana Samsudin dan juga Fizie Hot FM selaku pengacara di belakang tabir. QPBBB turut dimeriahkan lagi oleh penaja utama iaitu Pamoga Qu Puteh. Berlainan dengan program realiti lain, QPBBB menawarkan RM10,000 untuk dimenangi setiap minggu . Hadiah wang tunai RM10,000 ini juga menjadi pembakar semangat mereka untuk terus berentap hingga ke Super QPBBB bagi merebut hadiah utama berjumlah RM50,000!
Sehingga ke hari ini, sembilan minggu telah berlangsung dengan penuh jenaka yang mencuit hati dan tidak kering gusi. Tahniah buat para pemenang mingguan yang berjaya memenangi wang tunai RM 10,000 semenjak menggu pertama lagi. Para pemenang mingguan adalah seperti berikut:
MINGGU PERTAMA ACHEY
MINGGU KEDUA TITAN
MINGGU KETIGA BOCIK
MINGGU KEEMPAT ACHEY
MINGGU KELIMA BOCIK
MINGGU KEENAM TITAN
MINGGU KETUJUH CHILOK
MINGGU KELAPAN ACHEY
MINGGU KESEMBILAN ACHEY
Penonton juga boleh menilai persembahan para peserta melalui skala dalam talian di www.tv3.com.my/qpbbb. Selain itu, para penonton dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ‘Teka-Teki Kelakar’ dengan memuat naik sebarang teka-teki lucu dalam bentuk teks bergambar di laman sosial Instagram beserta #QuBintang di ruang kapsyen. Pemenang mingguan akan diumumkan semasa konsert mingguan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang dan diberi hadiah eksklusif TV3.
Penglibatan tambahan penonton bermula minggu kelapan, adalah pertandingan Youtube yang dianjurkan oleh penaja utama Qu Puteh Bintang Bersama Bintang dan Pengasas Vida Beauty, YBhg. Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman, Dato’ Seri Vida. Pertandingan yang berlangsung sehingga Konsert Akhir QPBBB, kelima-lima peserta QPBBB hendaklah membuat sketsa promosi produk Vida Beauty selama 3 minit untuk dimuatnaik ke Youtube. Penonton setia QPBBB dialu-alukan untuk menonton sketsa tersebut di www.youtube.com/tv3 kerana sketsa peserta yang mendapat penoton paling ramai, akan memenangi wang tunai sehingga RM6,000 dari pihak penganjur pertandingan ini.
Selain itu, penglibatan tambahan lagi untuk para penonton setia kami. Sepasang tiket penerbangan diletakkan sebagai rebutan bermula 1 Jun 2015. Sebuah pertandingan Cabaran Dubsmash QPBBB dianjurkan untuk para penonton yang masih tidak kering gusi berjenaka. Cara-cara penyertaan adalah seperti berikut:
1. Memuatnaik video dubsmash anda di akaun instagram anda!
2. Meletakkan hashtag #QuBintang dan tag @tv3malaysia
3. Akaun Instagram anda haruslah ditetapkan sebagai umum
4. Pemenang pertandingan akan diumumkan pada 14 Jun dalam Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang.
Ikuti Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang pada hari Ahad pada jam 9.00 hingga 11.00 malam. Ikuti juga perkembangan persiapan mereka dalam Spy Qu Puteh Bintang Bersama Bintang pada hari Ahad, jam 6.00 petang. Penonton juga boleh menonton siaran ulangan pada hari Jumaat jam 10.00 pagi di TV3 dan portal video tonton.com.my (www.tonton.com.my).
Mengenai TV3
Sejak diperkenalkan pada tahun 1984, TV3 sentiasa relevan dan memberi nilai kepada penontonnya menerusi pelbagai program yang merangkumi berita dan isu semasa, kemasyarakatan, keagamaan, majalah dan dokumentari, hiburan, sukan dan drama. Terus mengekalkan kedudukannya sebagai stesen TV Premium Mass Malay, TV3 telah menyediakan pelbagai kempen dan program TV yang menarik untuk penonton setianya sepanjang tahun 2014 dalam meraikan ulang tahunnya yang ke 30.
Mengenai Vida Beauty
Sejak ditubuhkan pada 1998, VIDA BEAUTY masih lagi bertahan dalam pasaran tempatan sehingga kini dan merupakan antara syarikat bumiputera yang tertua di Malaysia dalam menghasilkan produk-produk kesihatan tradisional dan kosmetik yang berkualiti. Sehingga kini, Vida Beauty sudah menghasilkan lebih dari seratus(100) produk kesihatan yang berkualiti dan masih mendapat permintaan yang amat memberangsangkan.
Jus PAMOGA merupakan antara produk kesihatan pertama yang dihasilkan oleh VIDA BEAUTY yang mempunyai kesan yang luarbiasa yang mampu mengatasi penyakit – penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Sehingga kini Jus Pamoga masih lagi gah bertahan dipasaran tempatan selama bertahun-tahun dan kredibilitinya masih lagi mampu bersaing dengan produk kesihatan tempatan dan luar negara yang berada dipasaran.
Vida Beauty sentiasa peka dengan keperluan dan kehendak pelanggan memgikut aliran semasa. Selepas kejayaan Jus Pamoga, Vida Beauty sekali lagi memberanikan diri untuk menghasilkan produk minuman kesihatan yang mampu memenuhi keperluan pengguna-pengguna di Malaysia terutamanya kaum wanita yang ingin tampil cantik, putih, sihat dan lebih berkeyakinan. Pada tahun 2013, Vida Beauty telah menghasilkan lagi satu produk dibawah rangkaian jenama Qu Puteh Beauty. Setelah tiga (3) bulan dilancarkan, permintaan produk minuman Qu Puteh semakin meningkat dan sering menjadi sebutan para wanita di Malaysia yang menginginkan kulit yang cantik, gebu serta mulus. Bagi melengkapkan rangkaian produk Qu Puteh Beauty (untuk kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki); Set Kosmetik Qu Puteh, losyen ‘Slim Gebu’, dan Stemcell Coffee dihasilkan.
Sejajar dengan perkembangan produk-produk Vida Beauty, Vida Beauty kini sudah mempunyai empat puluh (40) cawangan diseluruh Malaysia dan disokong oleh hampir dua ratus (200) kakitangan. Selain itu, Vida Beauty juga mempunyai puluhan pengedar bagi pasaran tempatan dan luar negara (Indonesia, Singapura dan Brunei). Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.facebook.com/vidabeauty.hq.