Seorang pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara telah dicekup bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri, Puchong, semalam.
Memetik laporan Sinar Harian online, pelakon yang ditahan bersama seorang lagi wanita turut dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman dengan memberi alasan sakit perut.
Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.
Difahamkan, pelakon tersebut kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir apabila wajahnya dirakamkan dan namun dibebaskan selepas butir keterangan dirinya diambil.
Siapa Pelakon Seksi Dicekup Tak Puasa Main Mahjung?