Realitinya Di Sini, Inilah Akademi Fantasia! Konsert AF2015 di minggu yang kedua telah menyaksikan peserta wanita yang berasal dari Kedah iaitu IFA atau nama sebenarnya Sharifah Nabilah Syed Azhar, 21 tahun telah menjadi pelajar pertama yang disingkirkan keluar setelah menerima undian yang terendah di akhir konsert. Bertemakan Cinta, beliau telah mendendangkan lagu berjudul Kabut Serangkai Mawar nyanyian asal oleh Zaiton Sameon. Walaupun berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan baik, ternyata nasib tidak menyebelahi beliau.
Dengan keputusan ini, kini masih tinggal 11 pelajar lagi iaitu SHARUL, IQWAN, SYAMEL, OPENG, FAROQ, SUFI, BILA, ZIQA, AZIAH, LISA dan RACHEL yang berjaya meneruskan pengajian di akademi untuk minggu yang seterusnya. Bagaimanakah bentuk persembahan mereka untuk konsert ketiga yang bertemakan Hits Era 90-an pada minggu ini? Sama-sama kita saksikan kelak.
Siaran Langsung Konsert AF2015 (Minggu Ketiga) pada 23 Ogos 2015 (Ahad), jam 8.30 malam @ Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Jadi siapa yang akan tersingkir nanti? Korang rasa?