Kemuncak SHOWDOWN 2011
Siapa bakal bergelar juara?
Kini masa yang dinanti-nantikan telah tiba! Saat yang ditunggu-tunggu oleh ribuan peminat tarian tiba ke penghujungnya. Tanggal 6 Julai 2011 kita bakal menyaksikan pemenang program realiti ‘battle dance’ terbaik sekaligus merangkul gelaran juara SHOWDOWN 2011!
SHOWDOWN merupakan program realiti ‘battle dance’ terbitan stesen tv hip 8TV. Program yang cukup dikenali sebagai satu-satunya rancangan pencarian tarian kru jalanan yang tergempak di Malaysia kembali menggegarkan industri hiburan untuk mencari kru terbaik untuk musim kedua. Objektif rancangan ini diadakan adalah untuk membawa tarian jalanan ke suatu tahap yang lebih tinggi disamping mengubah persepsi masyarakat terhadap tarian ini.
SHOWDOWN telah membuka mata ramai pihak sekaligus membuktikan ia bukan program realiti yang biasa. Sejak kemunculan SHOWDOWN, program ini telah berjaya mengumpul ramai peminat dan telah membentuk satu fenomena baru dalam sejarah tarian tempatan. Ini boleh dibuktikan dengan kemenangan besar yang diraih dalam beberapa majlis anugerah di Malaysia. SHOWDOWN 2010 berjaya menggondol anugerah Program TV Popular di Shout! Awards 2010, Program Realiti Terbaik pada Anugerah Skrin 2010 dan Program Realiti TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa 2010.
Sekali lagi kerancakkan melodi dan gerak tari unik dapat anda saksikan dalam sesi uji bakat SHOWDOWN 2011 yang telah diadakan di beberapa lokasi di Malaysia. Lebih daripada 100 kru telah hadir mencuba nasib sewaktu sesi ujibakat SHOWDOWN 2011 yang di adakan di beberapa lokasi terpilih di Malaysia. Hanya 12 kru terbaik telah dipilih untuk beraksi di pentas SHOWDOWN 2011 secara langsung selama hampir sembilan minggu.
Pentas SHOWDOWN 2011 sekali lagi digegarkan dengan persembahan hebat peserta Top 4 yang mempamerkan gerak tari yang cukup kreatif. Suasana di i-City, Shah Alam meriah dengan sorakan penyokong-penyokong Top 4 SHOWDOWN 2011 yang membuat persembahan minggu lepas.
Tema ‘Show Me Whatca Got’ menyaksikan kru-kru menari dengan iringan lagu-lagu dari artis popular! Tugasan mingguan yang diberi tidak pernah dianggap remeh oleh kru-kru Top 4 kerana ini merupakan pusingan penentuan sebelum melangkah ke gelanggang akhir. Persembahan Top 4 semalam ternyata memukau khalayak dan juri.
Suasana di i-City, Shah Alam menjadi gamat dengan sorakan peminat apabila SHOWDOWN 2011 Hafiz mengumumkan bahawa tiada penyingkiran yang berlaku sekaligus melayakkan kru Top 4 ini ke pentas akhir SHOWDOWN 2011! Kini tumpuan diberikan sepenuhnya kepada Top 4 yang merupakan finalis SHOWDOWN 2011. Bounce Stepperz, Elecoldxhot, HMC Phlow dan Rokusteps masing-masing ternyata mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri dan mampu bergelar juara SHOWDOWN 2011 sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM50, 000!
“Kami tidak menjangkakan sama sekali bahawa tiada penyingkiran akan berlaku malam ini. Kami sebenarnya sudah bersedia sekiranya kami terpaksa pulang malam ini kerana percaya bahawa kesemua kru yang bertanding mempunyai peluang untuk bergelar juara,” ujar Amirul Hadi bin Abd Rahman, wakil dari Bounce Stepperz.
”Keunikan kami terletak pada persembahan tradisional kami dan kami mahu mengangkat martabat tarian tradisional di pentas SHOWDOWN 2011 ini. Jika gelaran juara tidak berpihak kepada kami, kami mengharapkan persembahan kami telah meninggalkan ’sesuatu’ pada pertandingan ini,” tambah Amirul.
Rokusteps yang diwakili oleh Wan Faiz bin Wan Noor yang merupakan satu-satunya kru B-boy yang masih kekal dalam pertandingan ini tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira mereka. ”Kami benar-benar tak menyangka sama sekali bahawa kesemua Top 4 akan ke final kerana kami selalu berada di kedudukan empat terbawah setiap minggu. Kami bersyukur dan berterima kasih kepada penyokong-penyokong Rokusteps yang tidak henti-henti mengundi.”
Dennis Ooi Kok Wei yang mewakili kru ‘favourite’ Elecoldxshot pula berkata “Kesemua Top 4 sememangnya layak ke final. Walaupun pernah mendapat ‘Persembahan Terbaik’ selama tiga minggu berturut-turut, kami tidak pernah memandang remeh ‘skill’ dan idea kreatif kru-kru lain. Kesemua mereka mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri.”
“Kami cukup bersyukur kerana tahun ini kami layak ke final. Walaupun pernah berada di pentas SHOWDOWN tahun lepas, debaran setiap kali melakukan persembahan tetap kami rasa. Peserta-peserta tahun ini juga tidak kurang hebat membuatkan kami lebih bersungguh-sungguh untuk mempamerkan sesuatu yang segar dan kreatif sekaligus memukau perhatian penonton dan juri.” ujar Mohd Faruq bin Mohd Suhaimi yang mewakili HMC Phlow.
Faruq menambah ”Saingan hebat dari Elecoldxhot tidak pernah mematahkan semangat kami. ’Skill’ mereka memang hebat kerana mereka merupakan senior kami tetapi kami akan tetap mempersembahkan sesuatu yang luar biasa untuk peminat semua. Kami harap, semua peminat terhibur dengan persembahan pada malam final nanti.”
Pada malam The Final Showdown, nasib setiap kru terletak sepenuhnya di tangan penonton apabila para juri tetap hanya mampu untuk memberikan komen. Keputusan sepenuhnya bergantung kepada jumlah undian SMS penonton. Anda mempunyai kuasa untuk menentukan kru yang layak untuk bergelar juara SHOWDOWN 2011! Untuk mengundi kru kegemaran, anda boleh menghantar SMS dengan menaip SD
SHOWDOWN 2011 sekali lagi mengalu-alukan penglibatan Joe Flizzow, penerbit album/rapper popular kumpulan Too Phat yang telah memenangi banyak anugerah industri, kembali memanaskan kerusi bersama kareografer/penari Sensasi terkenal – Maple Loo.
“Keputusan terletak di tangan anda penonton untuk menentukan siapakah kru tarian terhebat di Malaysia,” kata Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Cik Airin Zainul. Tambah beliau, “Malam ini, 8TV menyiarkan secara langsung ke seluruh Malaysia SHOWDOWN 2011 – The Final Showdown tepat jam 9.30 malam. Ini merupakan sebuah rancangan pertandingan tarian jalanan terbesar yang pernah disiarkan di kaca TV di Asia Tenggara.”
Jangan lupa untuk teruskan mengundi kru kegemaran anda! Siapakah yang bakal memenangi hadiah wang tunai RM 50,000 dan merebut gelaran Kru Penari Terbaik Malaysia? Saksikan pusingan akhir SHOWDOWN 2011 pada hari Rabu, 6 Julai 2011 jam 9.30 malam secara eksklusif di 8TV. 8TV juga boleh ditonton menerusi Astro di saluran 708.
SHOWDOWN 2011 dengan bangganya dibawakan oleh 8TV dan dipersembahkan oleh Hotlink selaku penaja utama dan Sony sebagai rakan penaja. Kami turut mengalu-alukan kehadiran Vitagen sekali lagi yang turut tampil menjadi rakan penaja. Program ini turut disokong oleh Office Make Up yang menaja tatarias dan juga Snips yang menjaga dandanan rambut peserta-peserta. Manakala stesen radio FlyFM dan majalah Just Dance!, Majalah tarian No.1 di Malaysia diangkat sebagai rakan media tahun ini.
SHOWDOWN 2011 juga sekali lagi akan memperlihatkan kelincahan Hafiz Hatim penyampai FlyFM untuk menjadi pengacara bagi rancangan paling hip ini. Bersedialah untuk menyaksikan persembahan oleh kru penari jalanan Malaysia di dalam SHOWDOWN 2011 di mana aksi tarian sebenar berlaku.
SHOWDOWN 2011 telah menemui anda setiap Rabu jam 9.30 malam sejak 6 April 2011 yang lepas secara eksklusif hanya di stesen hip 8TV. Bermula pada 4 Mei 2011 SHOWDOWN 2011 telah bersiaran secara LIVE dari Ruang Terbuka (bertentangan dengan Snowalk) di i-City Shah Alam dan di sinilah segala-galanya bakal bermula.
Setiap minggu penonton akan dapat berkongsi rasa suka duka perjalanan kru-kru ini dan mengalami debaran akan pengumuman empat (4) kru yang mendapat undian SMS paling bawah yang ditentukan sendiri ditangan rakyat Malaysia. Empat (4) kru ini akan berhadapan dengan situasi BATTLE, di mana mereka perlu bertarung dengan skil tarian masing-masing untuk memenangi hati juri. Kru yang lemah akan dihantar pulang.
Pelbagai kisah-kisah sebalik tabir, gosip dan info dapat dilihat menerusi mengenali SHOWDOWN 2011 Diaries…From the Streets yang disiarkan setiap hari Selasa, jam 11.30 malam bermula 3 Mei 2011.
Anda juga boleh mendapatkan tiket SHOWDOWN 2011 dari kumpulan bergerak 8Team, dengan menonton 8TV Quickie ataupun melawati laman Facebook SHOWDOWN 2011. Selain dari itu, anda juga boleh datang sendiri ke Pondok Pengawal di Sri Pentas bermula hari ini! Tiket-tiket boleh didapati dari jam 10.00pagi hingga 12.00 tengahari atau 2.00 petang hingga 5.00 petang.
Saksikan kehebatan gerak tari energetik, teknik `spin’ dan ‘stunt’ yang akan mereka pamerkan khas buat peminat-peminat dan mereka yang ingin mengenali mengenai tarian jalanan. Siapa bakal bergelar juara sekaligus membawa pulang wang tunai RM50, 000? Segalanya bakal terjawab dalam SHOWDOWN 2011 – The Final Showdown yang akan disiarkan secara LIVE dari i-City, Shah Alam menerusi saluran hip 8TV pada 6 Julai 2011, jam 9.30 malam.
Interaktiviti dan isi kandungan laman sesawang SHOWDOWN 2011 juga menunjukkan perubahan yang besar tahun ini. Peminat-peminat berpeluang mendapatkan info-info terkini mengenai program, peserta dan muat turun dengan melayari laman sesawang SHOWDOWN2011 di http://www.8tv.com.my/showdown/2011/ . Apakah yang menarik dan terbaru tentang laman ini?
Anda bukan sahaja dapat mengenali dengan lebih dekat kru TOP 12 anda, bahkan peminat juga berkesempatan mendapatkan tip-tip tarian melalui video dari pakar tarian seperti Byron Carter dari Amerika dan BBoy China dari Thailand.
Hanya tekan `LIKE’ di laman muka Facebook kru penari kegemaran anda, seterusnya anda akan memperolehi laman Galeri Video dengan meluasnya (video yang tidak pernah dipaparkan di TV sebelum ini, episod program SHOWDOWN 2011, episod-episod terbaru SHOWDOWN 2011 dan juga diari mingguan) dan Galeri Gambar (sesi ujibakat, `Meltdown’ & kisah-kisah belakang tabir) serta banyak lagi. Satu lagi yang pasti bakal menarik perhatian adalah pengenalan aplikasi interaktif `The Flippin Tournament’ dan anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik!
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan program-program 8TV kegemaran anda dengan melayari laman sesawang www.8tv.com.my. Apa yang lebih menarik lagi SHOWDOWN 2011 boleh ditonton oleh peminat dari luar negara menerusi www.tonton.com.my. Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini di www.facebook.com/8TVshowdown. Kini anda juga boleh menonton program-program kegemaran anda di m.tonton.com.my menerusi telefon bimbit anda! Pastikan anda menjadi saksi kepada gerak tari baru yang kreatif dan teknik luar biasa peserta-peserta SHOWDOWN 2011.
Andakah anda seberani mereka?