Setelah bersiaran selama 9 minggu, dua peserta program realiti Ratu Rania iaitu AIDA (Normazuraida Zakaria, 34, Kelantan) dan WATIE (Rosnawati Bachok, 37, Johor) telah diumumkan sebagai finalis akhir yang layak mara untuk mara ke peringkat akhir dan berpeluang untuk membawa pulang hadiah utama bernilai RM50, 000 sekaligus dinobatkan sebagai Ratu Rania Musim Pertama.
Setelah saban minggu mengharungi pelbagai cabaran dan diberikan tugasan yang sukar, AIDA dan WATIE telah dipilih sebagai dua peserta yang paling menyerlah dan berjaya memikat hati juri. Nasib para peserta akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri. Mereka akan dinilai mengikut tiga kriteria utama iaitu keyakinan diri, keluasan pengetahuan am dan berpersonaliti menarik.
Siapakah Di Antara Aida & Watie Yang Bakal Bergelar Ratu Rania?
Episod kemuncak program pencarian ikon wanita moden masa kini ini akan ditayangkan secara eksklusif pada hari Rabu, 20 November 2013, jam 9.30 malam di Astro Prima menerusi saluran 105.
Menurut Pengurus Saluran Astro Prima; Encik Namanzee Harris:
“Sebagai sebuah saluran keluarga yang menghiburkan, Astro Prima sentiasa berusaha untuk memenuhi permintaan penonton yang terdiri daripada segenap lapisan umur yang berbeza latar belakang. Program Ratu Rania dilihat telah berjaya menerapkan pelbagai nilai positif yang mana ia menggalakkan persaingan sihat di kalangan peserta dalam mengejar impian untuk berjaya. Bukan itu sahaja, program Ratu Rania ini juga secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan daya keyakinan diri dan keterampilan di kalangan peserta dan juga yang turut menonton.
Saya mewakili pihak Astro Prima ingin mengucapkan tahniah kepada dua finalis akhir iaitu Aida dan Watie kerana telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Syabas dan semoga berjaya di episod kemuncak kelak.”
Seramai empat peserta telah bersaing untuk menempah tempat sewaktu episod pusingan separuh akhir yang telah ditayangkan pada 13 November yang lalu iaitu AIDA (Normazuraida Zakaria, 34, Kelantan), WATIE (Rosnawati Bachok, 37, Johor), NURUL (Nurul Faida Abdul Razak, 34, Pahang) dan SITI (DR. Siti Zainab Mohd Zaini, 40, Kuala Lumpur). Keempat-empat daripada mereka telah diberi tugasan untuk menguji sejauh mana pengetahuan mereka mengenai produk Safi Rania serta tahap keyakinan apabila berdepan dengan orang ramai.
[pullquote align=”right”]Dua finalis akhir bakal bersaing untuk gondol hadiah utama bernilai RM50,000 dalam pencarian ikon wanita moden masa kini![/pullquote]
Sewaktu tugasan ini, mereka dikehendaki untuk mempromosi dan mengedarkan borang kaji selidik kepada orang awam di sebuah pusat membeli-belah. Menarik lagi, ketika mereka sedang bertungkus-lumus untuk menyelesaikan tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, aktres popular Lisdawati telah diundang untuk memberi kejutan dan ditugaskan bagi ‘mengganggu’ kelancaran tugasan peserta.
Untuk pusingan akhir, dua finalis Ratu Rania iaitu AIDA dan WATIE ditugaskan untuk menghasilkan profil video individu mengikut idea, konsep dan berpandukan tips ringkas daripada pengarah video muzik terkenal iaitu Ghaz Abu Bakar. Mampukah mereka menyahut cabaran ini? Siapakah di antara dua peserta yang dapat melakukan tugasan yang diberikan dengan sebaiknya sekaligus menambat hati juri?
Juara Ratu Rania akan membawa pulang hadiah utama yang bernilai RM50,000 termasuk wang tunai RM25,000 beserta kontrak 1 tahun iklan cetak dan eletronik Kempen Safi dan barangan produk Safi Rania bernilai RM3, 000. Naib juara pula akan memenangi kontrak 1 tahun untuk iklan cetak dan eletronik Kempen Safi dan barangan Safi Rania bernilai RM2, 000. Tempat ketiga akan membawa pulang hadiah bernilai RM6,000 termasuk wang tunai RM5,000 beserta barangan produk Safi bernilai RM1,000. Manakala hadiah sagu hati pula akan menerima wang tunai RM1, 000 beserta barangan produk Safi bernilai RM 800.
Program Ratu Rania dikendalikan oleh pengacara dan pelakon popular Dynas Mokhtar selaku hos program yang buat julung kali diterbitkan ini. Tambah istimewa lagi, Ratu Rania juga turut membawa masuk khidmat tiga nama besar yang dipilih berdasarkan pengalaman mereka yang amat luas dalam bidang masing-masing yang bakal menggalas tanggungjawab selaku juri tetap dalam program pencarian ini iaitu pereka fesyen tersohor; Rizalman Ibrahim, pelakon jelita; Rozita Che Wan yang juga merupakan Duta Safi Rania Gold serta penyanyi jelita; Ziana Zain yang juga merupakan Duta Safi Rania Diamond.
Adakah Aida atau pun Watie yang akan menjadi wajah baru Safi Rania? Segalanya bakal terjawab pada hari Rabu ini, 20 November 2013 jam 9.30 malam. Selamat menonton!
Sila layari laman web www.astrogempak.com.my untuk maklumat lanjut mengenai program ini.