in ,

Usop, Along, Syeera & Elica Mara Ke Konsert Akhir Mentor Milenia 2017

Demam Konsert Akhir Mentor Milenia 2017 semakin dirasai apabila hanya tinggal empat protégé sahaja yang masih bertahan untuk merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang sebuah trofi dan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

Tahniah kepada Usop (Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, 20 tahun), Along (Mohamad Rozaimi Rosli, 20 tahun), Syeera (Nur Syaheera Abd Aziz, 19 tahun) dan Elica (Angelica Paujin, 17 tahun) kerana berjaya melangkah ke peringkat akhir yang bakal berlangsung pada 7 Mei ini!

Keputusan ini juga bermakna protégé kepada Hazama iaitu Balqis (Nor Balqis Ahmad Tajudin 19 tahun), terpaksa menamatkan perjuangannya apabila diumumkan tersingkir.

Konsert Separuh Akhir Mentor Milenia

Usop, Along, Syeera & Elica Mara Ke Konsert Akhir Mentor Milenia 2017

Pertarungan separuh akhir Mentor Milenia 2017 menyaksikan dua persembahan oleh setiap protégé, dimana mereka telah menyanyi secara solo dan juga duet bersama mentor untuk membuktikan kebolehan masing-masing lantas melayakkan diri ke peringkat akhir.

Protégé yang paling menyerlah pada hari Ahad lepas ialah Usop (Hazama) yang muncul sebagai juara mingguan selama dua minggu berturut-turut. Selain berjaya mencuri hati panel juri dan para penonton, Usop turut dipuji oleh Misha Omar selaku juri jemputan di konsert minggu lalu kerana berjaya memberikan persembahan yang memukau.

“Usop, saya tidak tahu magis apa yang ada pada diri anda itu tetapi apabila anda mula menyanyi, anda berjaya menarik perhatian semua orang untuk terus melihat persembahan anda. Saya doakan Usop berjaya mara ke peringkat akhir, Insya Allah.” ujar Misha Omar mengenai persembahan duet Usop bersama mentornya Hazama, yang menyampaikan lagu berjudul “Kasihnya Laila” (nyanyian asal Jinbara). Selain itu, Usop juga membawa lagu “Hati Mati” (nyanyian asal Ezad Lazim) secara solo.

Konsert Separuh Akhir Mentor Milenia

Perjuangan Balqis terhenti di Pentas Separuh Akhir

Namun, Hazama dan Usop terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada seorang lagi protégé dari kumpulan mereka iaitu Balqis yang tersingkir pada malam itu. Balqis telah menyampaikan lagu berjudul “Kau Atau Aku” (nyanyian asal Elyana) untuk persembahan solo dan “Jangan Pikirin Abang” (nyanyian asal Firman) ketika berduet dengan mentornya.

Menurut Datuk Hattan, juri tetap Mentor Milenia 2017, “Bagi saya, sekiranya Balqis melakukan persembahan ini di pertandingan nyanyian lagu Rock, awak berjaya melepasi ujian saya. Cuma, persembahan Balqis malam ini kelihatan terganggu sedikit apabila awak mencari “chord” yang betul ketika bermain gitar sambil menyanyi.”

Terdahulu, konsert separuh akhir ini telah dimulakan oleh Syeera yang mewakili Black dengan persembahan solo rangkaian lagu “Penasaran & Raja Gelek” (nyanyian asal Emilia Contessa & One Nation Emcees). Sungguhpun Syeera dipuji kerana berjaya memberi impak persembahan pembukaan yang bagus, dia dinasihati oleh panel juri untuk memastikan kemerduan nyanyiannya tidak hilang. Syeera turut menyampaikan lagu nyanyian mentornya sendiri iaitu “Aku Rindu Sayang Kamu” bersama Black untuk persembahan berduet.

Sementara itu, persembahan lagu “Aku Penghibur” (nyanyian asal Jamal Abdillah) oleh satu-satunya protégé Tomok iaitu Along pula dikatakan semakin matang berbanding dengan sebelum ini. Misha turut komen bahawa walaupun ada beberapa perkara yang boleh dibaiki untuk mencantikkan lagi persembahannya, penonton dapat melihat kesungguhan Along pada malam itu. Untuk persembahan duet, Along dan Tomok telah menyanyikan lagu “Kau Yang Satu” (nyanyian asal Ramli Sarip) dan diingatkan untuk tingkatkan pemahamannya terhadap sesebuah lagu.

Suasana di studio Sri Pentas 2 dihangatkan lagi oleh protégé Akim iaitu Elica, yang membawa lagu “Bertamu Di Kalbu” (nyanyian asal Jaclyn Victor). Prestasi Elica sangat konsisten dari minggu ke minggu tetapi Misha Omar telah memberi beberapa petua kepadanya ketika menyanyikan lagu-lagu balada. Elica juga telah mendendangkan lagu “Secret Love Song” (nyanyian asal Little Mix) ketika duet bersama Akim.

Lebih menarik lagi, para penonton juga telah dihiburkan dengan persembahan istimewa rangkaian lagu nyanyian asal keempat-empat mentor iaitu “Di Amaran Mama”, “Bengang”, “Norkia” dan “Anugerah Terindah” oleh juri jemputan iaitu Misha Omar. Selepas selesainya persembahan oleh setiap protégé, konsert separuh akhir Mentor Milenia 2017 telah berakhir dengan persembahan rangkaian lagu “Laksamana Raja Di Laut” (nyanyian asal Iyeth Bustami) dan “Puncak Gapura” (nyanyian asal Ihab & Noraniza Idris) oleh kesemua protégé.

Seperti konsert mingguan sebelum ini, keputusan persembahan para protégé terletak kepada jumlah markah daripada juri tetap dan juri jemputan sebanyak 50%, undian penonton menerusi laman web rasmi Mentor Milenia sebanyak 30% dan 20% daripada juri awam di studio.

Mentor Milenia 2017 yang dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh dibawakan khas oleh Neffos, Telefon Pintar Generasi Milenia selaku penaja utama manakala tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan ZIP sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio.

Krew penerbitan Mentor Milenia 2017 diketuai oleh Muhamad Sufian Isa, Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia 2017 dan Khirul Fikry Mustafa sebagai penerbit. Program realiti popular ini turut dibantu oleh Azmeer sebagai penasihat, Sazlan Mat Adnan sebagai koreografer dan Faizal Uzir (Lok-U) sebagai pengarah muzik.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Mentor Milenia 2017 yang bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam – 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protege pada setiap Ahad bermula 6.00 petang selama 30 minit.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/mentormilenia dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia dengan menggunakan hashtag #MentorMilenia2017 untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman media sosial. Para penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Konsert Separuh Akhir Mentor Milenia

Konsert Separuh Akhir Mentor Milenia

Konsert Separuh Akhir Mentor Milenia

Konsert Separuh Akhir Mentor Milenia

Konsert Separuh Akhir Mentor Milenia

Konsert Separuh Akhir Mentor Milenia

Konsert Separuh Akhir Mentor Milenia

Konsert Separuh Akhir Mentor Milenia

Konsert Separuh Akhir Mentor Milenia

Konsert Separuh Akhir Mentor Milenia

Konsert Separuh Akhir Mentor Milenia

Konsert Separuh Akhir Mentor Milenia

Konsert Separuh Akhir Mentor Milenia

Konsert Separuh Akhir Mentor Milenia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Bukan Cinta Biasa Lakonan Aedy Ashraf

JOOX LIVE NIDJI Love, Fake, & Friendship LIVE di Malaysia