Setelah bersiaran hampir tiga bulan, kini lima finalis Gadis Melayu Musim Kedua telahpun dipilih untuk meneruskan perjuangan mereka ke peringkat akhir.
Mereka adalah Shazfinas Hashim (Finas), Nadiah Adrianna (Nadia), Putri Noor Nawal Haji Ramlan (Putri), Siti Nur Syafiqa Amirul Melvin (Fiqa) dan Hazlin Hussain (Lyn). Cabaran terakhir Gadis Melayu akan dinilai oleh enam juri profesional yang terdiri daripada pengacara berpengalaman Nurfarahin Jamsari, Izza Safinaz, Adam Salleh, Datin Seri Normala Samsudin Rosyam Nor dan Shafinaz Selamat.
Juri professional akan mewakili 50% daripada markah keseluruhan manakala 50% lagi akan disumbangkan oleh penonton di rumah melalui undian sms.
Suasana majlis bertambah meriah dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajah Haminah binti Hamidun, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman.
Tarikh : 5 November 2009 (Khamis)
Masa : 7:30 malam (siaran langsung bermula jam 8.30 malam)
Tempat : Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur