in

Siapa Juara Bintang Ai-Minnal 1Malaysia

8 PESERTA AKHIR BINTANG AI-MINNAL 1MALAYSIA REBUT GELARAN JUARA PADA 11 APRIL INI

Peluang merebut gelaran juara sekaligus bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM 20,000.00, kedua RM 15,000.00, ketiga RM 10,000.00 dan Peserta Paling Popular RM 5,000.00 yang dipilih berdasarkan undian SMS menanti lapan nama peserta yang melayakkan diri ke Peringkat Akhir Bintang Ai-Minnal 1Malaysia 2010 yang bakal berlangsung 11 April 2010 (Ahad), jam 8.30 malam di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur.

Justeru dengan terpilihnya Philip Martin A/L Devidass @Aruldass (Philip) dan Tan Yen Ming (Emily) menerusi Pertandingan Separuh Akhir ke-empat pada 28 Mac lalu maka lengkaplah pencarian akhir lapan peserta yang benar-benar layak dinobatkan juara pertandingan julung-julung kali diadakan ini.

Mempertaruhkan lagu “Setelah Bertahun” nyanyian asal Kumpulan Alleycats, Philip anak muda berasal dari Shah Alam ini menurut juri memiliki suara yang bagus dan menyanyikan lagu penuh penghayatan namun cuma perlu mengurangkan perasaan gementar.

Jess

Marian

Dewi

Bonny

Begitu pun peserta yang turut sama mengiringi perjalanan Philip ke akhir iaitu Emily, nyata begitu menyerlah apabila tiga juri yang mengadili pertandingan ini, Eddy Kismilardy dari Orkestra RTM, Helen Yap dan Juliza Adlizan masing-masing sepakat mengatakan persembahan Emily adalah yang terbaik daripada keseluruhan persembahan. Malah persembahan suara dan penampilannya yang bersahaja di pentas membuatkan anak gadis dari Ayer keroh, Melaka ini seperti penyanyi profesional.

Cemerlang menyampaikan lagu “Cinta Tiada Akhirnya”, Emily dan Philip bakal menyertai enam peserta layak ke peringkat akhir sebelum ini adalah Chua An Qi (Angela), Iris Perrine a/p Vethamoni (Iris), Lee Kar Wei (Jess), Marian Shanti a/p Danaraj Jackson (Marian), Bonny Lin Vun Seng (Bonny) dan Patmasri Dewi A/P Jothiswaran (Dewi).

Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010 diterbitkan hasil kerjasama dua stesen radio nasional RTM berbahasa Mandarin dan Tamil iaitu Radio Malaysia AiFM dan Radio Malaysia MINNALfm (Tamil) yang disiarkan setiap Ahad, jam 4.00 petang di TV2.

Pertandingan yang minggu ini diacarakan oleh DJ Muaz dari MUZIKfm disiarkan selama enam minggu berturut-turut bermula dengan pertandingan Separuh Akhir Pertama (7 Mac 2010), Separuh Akhir Kedua (14 Mac 2010), Separuh Akhir Ketiga (21 Mac 2010), Separuh Akhir Keempat (28 Mac 2010), Konsert Pra Akhir (4 April 2010) dan kemuncak Peringkat Akhir (11 April 2010).

Setiap minggu, tiga peserta berbangsa Cina dan tiga peserta berbangsa India akan mempertaruhkan bakat-bakat masing-masing untuk memilih yang terbaik dan penjurian lebih mengutamakan aspek vokal serta sebutan kerana setiap peserta perlu menyanyikan lagu dalam Bahasa Malaysia dalam apa sahaja genre muzik. Peringkat akhir, hanya lapan peserta dipilih iaitu empat berbangsa Cina dan empat berbangsa India.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anne Ngasri Perlu Berehat Kerana Demam Virus

Demam Showdown 2010 Melanda Malaysia