Baru-baru ini, Budiey ada melihat gambar seorang jejaka Kazakhstan yang muncul di Timeline Instagram Budiey bersama Selebriti tempatan seperti Adi Putra, ChaCha Maembong & Hafiz Hamidun.
Setelah membuat usul periksa, Budiey sudah mengesahkan bahawa jejaka dari Kazakhstan bernama Daniyar Kesssikbayev ini sebenarnya bakal menantu Perdana Menteri Malaysia.
Jadi kepada sesiapa yang tertanya-tanya siapakah Daniyar Kesssikbayev ini yang baru-baru ini asyik muncul di kaca Instagram selebriti, harap persoalan anda terjawab.
Semasa membuat kaji selidik, Budiey juga mendapati ada pihak yang mempolitikkan isu perkahwinan Daniyar & Nooryana Najwa. Pada pendapat Budiey, apa salahnya perkahwinan anak Perdana Menteri diadakan secara besar-besaran? Kalau perkahwinan ketua-ketua negara lain bukankah lagi besar?
Namun ini cuma pendapat Budiey. Apa-apa pun, Budiey mengucapkan selamat pengantin baru kepada Daniyar & Najwa. Semoga kekal sehingga ke Jannah.
Gambar-Gambar Daniyar Kesssikbayev bersama selebriti terkenal.





