Ingin mulakan bisnes perniagaan bukan satu perkara yang mudah. Sudah tentu nak kena sediakan modal yang cukup selain ilmu pengetahuan yang cukup, kan?
Kepada pembaca yang bercita-cita untuk bukak bisnes atau tercari-cari cara untuk dapatkan modal untuk mulakan bisnes? Ha, NESCAFÉ® KICK-STARTâ„¢, sebuah program realiti TV yang menjadikan impian satu kenyataan kembali lagi. Korang akan tontoni program ini nanti… tunggu!
Kini, Budiey dengar NESCAFÉ® KICK-START™ lain dan unik sikit sebab dah tukar dengan format yang baru!
NESCAFÉ® KICK-STARTâ„¢ – Where Dreams Become Reality
Apa yang pasti, Budiey dapat tahu bahawa Nescafe Kick-Start dah pun memilih Top 100 Business Plan Overviews. Budiey nak ucapkan tahniah kepada semua peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat kedua ini. Cuma nanti, dari 100 Business Plan akan ditapis menjadi 20 orang.
Untuk info, peluang keemasan untuk menyertai NESCAFÉ® KICK-START™ dibuka kepada semua bakal usahawan yang berumur antara 18 hingga 25 tahun dan kali ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM38,000. Banyak tu!
FORMAT BARU NESCAFÉ® KICK-START™
Semua peserta hanya perlu menjawab soalan Penilaian Usahawan (Entrepreneur Evaluation) dan kepada yang berjaya disenarai-pendekkan akan meneruskan perjuangan ke peringkat kedua di mana mereka hanya perlu mengisi borang Business Plan Overview.
Untuk peringkat ke-3, beberapa orang juri dan orang ramai akan diberi peluang untuk mengundi bagi menentukan 20 orang finalis. Finalis yang dipilih ini perlu mencipta dan mempersembahkan satu video tentang produk, perkhidmatan atau penyelesaian dengan cara yang kreatif dan unik. Itu saje!
Kemudian, finalis yang mendapat undian paling banyak dari juri dan orang ramai akan mendapat gelaran juara dan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.
Manakala pemenang tempat kedua mendapat hadiah wang tunai RM5,000 dan pemenang ketiga akan dihadiahkan wang tunai sebanyak RM3,000. Finalis lain yang tidak berjaya tidak pulang dengan kosong sebaliknya mereka akan mendapat RM1,000 setiap seorang.
Untuk sesi pemilihan 20 orang finalis, satu undian dan proses juri akan diadakan.
Budiey perhatikan satu persaingan sengit di antara 100 peserta yang terpilih ini bukan sahaja untuk pusingan untuk melayakkan menjadi antara 20 orang finalis, malah mereka ini telah bekerja keras untuk memastikan blog mereka dilawati oleh ramai pengunjung. Bagi mereka, lagi ramai pengunjung melayari blog mereka, lagi banyaklah undian yang akan mereka terima.
Program Reward:
Ahli Nescafe Kick Start akan mendapat mata yang senang dengan mendaftar dan log in untuk menulis blog dan dari situ ahli akan dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik di laman web Nescafe Kick-Start.
Dan yang menariknya, korang yang mendaftar boleh menukarkan mata kepada bidaan seperti tiket wayang dan Nescafe goodie bag.
Kepada yang dah bosan tu, bolehlah menyertai Facebook game jugak. Untuk join, senang je, layari laman website ini: http://www.tinyurl.com/652wlp.
Saksikan Nescafe Kick Start untuk mengetahui siapakah pemenang yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,00!