Menurut Shukri, isterinya membuat kejutan itu di rumah bersama keluarga termasuk pengumuman serentak jantina bayi yang dikandung adiknya.
“Saya sendiri tak menjangkakan langsung bahawa cahaya mata kedua kami nanti adalah lelaki. Dalam majlis kecil yang berlangsung di rumah, ada dua kotak misteri dan isteri sengaja menukarkan kotak yang sepatutnya saya buka.
“Jadi, bila buka kotak itu saya nampak ada belon berwarna merah jambu sebagai simbolik bayi perempuan. Namun, bila saya belek nama di foto imbasan kandungan, tertera nama adik saya. Jadi, saya gembira sangat sebab bayi dalam kandungan isteri saya adalah lelaki,”
– Shukri Yahaya
Ujar Shukri, isterinya memang pandai menyimpan rahsia dan melarangnya untuk ikut ke klinik setiap kali melakukan pemeriksaan kandungan.
“Kalau dia ada pemeriksaan, dia tak benarkan saya ikut. Kalau saya ikut pun, dia suruh tunggu di dalam kereta kerana dia nak beri kejutan kepada saya. Lama juga dia simpan rahsia,”
– Shukri Yahaya
Kandungan Tya kini sudah masuk ke trimester ketiga, namun pasangan itu belum melakukan sebarang persediaan untuk menyambut kelahiran bayi mereka yang dijangka lahir pada Julai nanti.
“Setakat ini, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya pun tak berani nak ambil risiko untuk keluar membeli barang keperluan bayi.
Kalau keluar membeli sendiri, saya takut ada yang salah beli.
“Jadi, saya rasa biarlah semuanya reda sedikit dahulu, barulah kami akan keluar bersama kemudian mencari barang keperluan bayi,”
– Shukri Yahaya
Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Aaira Ameena, berusia empat tahun. Pada April tahun lalu, Shukri memaklumkan isterinya mengalami keguguran.
Sumber: Harian Metro