in

Shukri Yahaya Kemalangan Di Litar, Netizen Tuntut Ezzrin Loy Mohon Maaf

Menerusi video tular di TikTok, jentera yang dipandu Shukri Yahya hilang kawalan selepas berlanggar dengan kereta yang dipercayai dipandu Ezzrin Loy. Netizen mengkritik cara pemanduan Ezzrin yang dikatakan ‘overtake’ daripada tepi.

Lebih menyedihkan apabila anak perempuan Shukri yang menonton perlumbaan itu menangis sebaik sahaja ayahnya kemalangan.

Menerusi perkembangan yang dikongsi isteri, Shuk didapati hanya mengalami kecederaan kecil di leher dan meminta orang ramai tak perlu risau.

Di media sosial, adik beradik dan peminat Shukri tak putus-putus memberikan kata-kata semangat buatnya. Buat masa ini jentera #lucky24 yang dipandu Shukri perlu direhatkan buat seketika.

Untuk pengetahuan, Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) sudah memasuki musim ke-6 tahun ini. Perlumbaan Vios Challenge menampilkan selebriti kesayangan Malaysia beraksi dalam kumpulan Promotional Class.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SHILA AMZAH

Lamar Shila Amzah Di Taman Tema, Netizen Tak Sangka Ubai Romantik

SAZZY FALAK

Sazzy Falak Perkasakan Wanita di Musim Terbaharu Program WOMEN TALK