Menerusi satu perkongsian di Instagram semalam, Shuk dilihat ada memuat naik video bertemu lagi dengan dua anak perempuannya dan akui sangat merindui keluarga serta anak-anaknya.
“Hari ini dapat jumpa anak-anak sekali lagi. Nanti, lepas PKP kita pergi jalan-jalan tau. Sekarang ini, tak dapat nak jalan-jalan sebab PKP.
“Sebenarnya rindu sangat pada keluarga dan anak-anak saya ini. Bila dapat jumpa macam ini pun dah okay sebenarnya, harap kalian dapat doakan kebahagiaan kami dan semoga semuanya kekal hingga ke syurga,”
– Shuk Sahar
Perkongsian Shuk itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersimpati dengan pelawak itu serta memintanya untuk bersabar serta banyakkan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan.
Terdahulu, Shuk ada berkongsi video di Instagram bertemu anak-anaknya dan mengaku kesilapan diri. Katanya, apa yang berlaku dalam hidup dan keluarganya ketika ini adalah berpunca daripada kesilapan sendiri.