Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, berkata, dia tidak sangka ada wanita mirip wajahnya, namun langsung tidak ambil hati terhadap usikan nakal terhadapnya itu.
“Saya pun tergelak saja apabila mendapat tahu perkara itu. Tak sangka pula ada wanita yang kelihatan hampir mirip dengan wajah saya.
“Selalunya orang cakap kalau memiliki persamaan wajah itu tandanya ada jodoh kuat. Lega pula saya apabila mendapat tahu wanita itu sudah berkahwin.
“Apapun, saya tak ambil hati langsung menjadi bahan senda warganet mengenai perkara itu sebab itu bukan saya pun.
Lagipun, orang cakap dalam dunia ini ada tujuh orang berwajah sama,”
– Shuk
Baru-baru ini, pelawak terbabit menjadi bahan senda dalam kalangan warganet apabila menyamakan wajahnya dengan wanita itu.
Malah, ada yang turut menggabungkan foto mereka dan dikongsikan di laman sosial.
Shuk turut memuat naik foto berkenaan di Instagram dan rata-rata pengikutnya memberi komen lucu.
Menerusi perkongsian itu, dia menjelaskan foto wanita itu bukan dirinya yang menggunakan sebarang aplikasi menukar wajah.
Sumber: Harian Metro