in ,

Shuk Sahar Cabar Netizen Untuk Bersemuka Setelah Digelar Gemuk & Membosankan

Shuk Sahar orangnya jarang nak sentap dan kalis dengan kecaman. Namun, hati mana yang tak tahan kalau selalu mendapat kecaman berupa body shaming dan dikatakan membosankan. Semoga Shuk bersabar okay.

Baru-baru ini, pelawak,pelakon dan pengacara Shuk Sahar telah menyambut ulang tahun kelahiran anaknya bersama isteri tercinta. Namun, di sebalik doa dan ucapan yang dititipkan oleh peminat buat mereka sekeluarga, terdapat komen dari seorang netizen yang telah mengguris perasaan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar dengan menggelarkan nya sebagai gemuk dan membosankan.

“Boring la kat kau ni tak padan gemok”

– NETIZEN

Shuk Ajak Semuka

Menyifatkan komen tersebut seperti melampau, pengacara I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM) ini mencabar netizen tersebut untuk bersemuka.

“Bang macam panjang kau nak ceramah sini dm aku nombor kau kita jumpa,”

– Shuk

Bagaimanapun, rata-rata pengikut Shuk memintanya untuk bersabar dan mengabaikan komen negatif tersebut. Malah disebalik kecaman tersebut, pengikutnya mengecam kembali tindakan netizen tersebut. Menerusi carian Murai.my terkini, komen tersebut telah pun dipadamkan.

Sekadar info, Shuk telah mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali sebagai Sera pada 20 Disember 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan,Nur Qurratu Ain yang berusia empat tahun dan Nur Assyifatu Aimi,setahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AGENTS’ Arena – Siri Permainan Digital Interaktif Terbaru Dari Dunia Ejen Ali

Awesome TV Tayang Filem SOLDIER, THE MATRIX & Drama KUBA GULING KARIPAP PUSING