in , ,

Shuk Mengaku Buat Silap, Sanggup Buat Apa Sahaja Untuk Kembali Bahagia Bersama Keluarga

“Setiap Orang Melakukan Kesalahan Dan Ini Adalah Kesilapan Saya,” – Shuk Sahar Jelaskan Apa Pun Sanggup Demi Dapatkan Balik Kebahagiaan!

Selepas mendiamkan diri selama empat hari, pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar akhirnya telah memberikan respon mengenai konflik yang berlaku terhadap rumah tangganya bersama isteri, pada minggu lalu.

Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Shuk telah mengakui yang dia sudah buat silap ke atas rumah tangganya.

Shuk Mengaku Buat Silap, Sanggup Buat Apa Sahaja Untuk Kembali Bahagia Bersama Keluarga

Malah Shuk turut menambah, bukan satu perkara yang mudah untuk memperbaiki atau memperbetulkan kesalahan yang telah dilakukannya. Dalam pada itu, tegas Shuk, dia akan melakukan apa sahaja demi mendapatkan semula keluarga tercinta.

“Setiap orang malakukan kesalahan..dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya..

“Ye bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh..

“Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagian saya!!,”

– Shuk Sahar

Menerusi perkongsian itu, pelakon filem Adnan Sempit 2 ini turut berkongsi momen dengan memuat naik video ketika bertemu dengan anak-anaknya

Shuk Mengaku Buat Silap, Sanggup Buat Apa Sahaja Untuk Kembali Bahagia Bersama Keluarga

Sebelum ini, kisah rumah tangga Shuk menjadi perbualan hangat kalangan netizen selepas didakwa bertindak curang terhadap isterinya.

Pada Sabtu lalu, Rossalennah mendedahkan suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan Fara Salleh.Jelas Rossalennah lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah wanita tersebut untuk meminta suaminya pulang ke rumah namun terpaksa beredar dengan hampaSusulan isu itu, Shuk secara rasmi digantung perkhidmatannya menjadi deejay di stesen Hot FM berkuat kuasa pada Isnin (25 Januari 2021).

Shuk Mengaku Buat Silap, Sanggup Buat Apa Sahaja Untuk Kembali Bahagia Bersama Keluarga

Shuk dan Rossalennah berkahwin pada 20 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimy.

Foto: Instagram Shuk Sahar

Shuk Mengaku Buat Silap, Sanggup Buat Apa Sahaja Untuk Kembali Bahagia Bersama Keluarga
Shuk Mengaku Buat Silap, Sanggup Buat Apa Sahaja Untuk Kembali Bahagia Bersama Keluarga

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabil Ahmad Menangis Keinsafan Dapat Ikut Geng Tabligh 3 Hari

RM100 Untuk Hisap Kemaluan! Penyanyi Lelaki Tawar Khidmat Urut Batin di Aplikasi Songsang?