Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila isteri kepada Shuk Sahar telah memuat naik beberapa hantaran yang menimbulkan spekulasi mengenai kemelut rumah tangga mereka.
Shuk Sahar telah memberi penjelasan ketika ditanya mengenai hantaran posting isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah di media sosial, yang memberi keizinan untuk dia berkahwin dua.
“Saya masih belum lagi berada dalam satu keadaan yang stabil untuk berkahwin dua. Lambat lagi kot. Saya terus terang. Rasanya buat sementara ini, saya sendiri tak terfikir pun sebab lebih beri tumpuan kepada kerja. Nak cari kerja pun tak berapa ada sekarang, dalam pandemik begini,”
– Shuk Sahar
Kata Shuk, dia juga tidak terfikir untuk berkahwin lagi kerana lebih memberi tumpuan kepada kerjaya seni dan perniagaan. Shuk yang menjawab pertanyaan itu dalam program Melodi yang disiarkan di TV3 itu berkata, dia faham konteks ayat yang ditulis oleh isterinya itu.
“Dia sebenarnya begini, dalam konteks isteri saya sebenarnya dia bukan cakap kalau nak pergi kahwin lagi, pergilah. Maksud dia itu, saya faham. Dia cakap begitu sebab di masa akan datang, tak mahu berlaku lagi benda-benda yang tak elok ini,”
– Shuk Sahar
Terdahulu, Shuk sudah pun berbaik dan berjaya memujuk isterinya selepas membuat kejutan membawa rombongan meminang semula. Shuk akui menyesal dengan kesalahan dilakukannya serta berjanji akan melakukan yang terbaik buat isteri, anak-anak dan keluarga.