KETAGIHAN judi dalam talian kerana mahu menjadi jutawan segera menyebabkan ramai kaki judi sanggup berhabis RM500 hingga RM1,000 sehari atau semalam.
Bagi pihak sindiket judi pula kepesatan teknologi maklumat dimanfaat mereka untuk menghasilkan pelbagai aplikasi judi dalam talian yang disesuaikan dengan kehendak kaki judi tempatan.
Jika dulu perlu sewa ruang bangunan kedai untuk beroperasi, tetapi kini sindiket boleh beroperasi dari kedai kopi atau di mana-mana tanpa perlu bertemu kaki judi.
Shuib mengaku pernah main judi
Pemilik nama Shahmira Muhamad mendedahkan dia pernah terjebak dengan permainan judi sehingga sanggup membayar wang sebanyak RM150 bagi satu pusingan.
“Banyak duit dah aku habiskan untuk main permainan itu dan aku pernah ‘bet’ RM150 ‘per spin’ (setiap pusingan).
“Dalam satu minit sebenarnya permainan itu boleh main sebanyak tiga atau empat ‘spin’. Jadi, kau bayangkan berapa ratus ringgit boleh dihabiskan dalam satu minit?”kongsi pelawak berusia 39 tahun.
Bukan tu jer, Shuib juga pernah sampai satu tahap ingin lihat sejauh mana wang yang dia boleh dapat apabila bermain judi.
Kemudian, Shuib mula tersedar dan berhenti menjadi pemain judi tegar selepas menerima ancaman daripada pemain judi lain.
Shuib pernah dikepung gangster?
Bagaimanapun, ketagihan yang ada pada dirinya terhadap permainan tersebut juga pernah membuatkan dirinya kerugian sebanyak puluhan ribu ringgit.
Bukan itu sahaja, Shuib memaklumkan dia juga pernah dikepung oleh beberapa orang ‘gangster’ sewaktu memenangi permainan itu ketika menjalani penggambaran sebuah filem di Ipoh pada tahun 2013.
“Masa itu aku main dan menang sebanyak RM68,000. Bila dah menang tiba-tiba tuan kedai macam tak nak bagi aku duit itu. Dia anggap aku dah ‘game’ mesin itu.
“Dia siap ‘call’ panggil beberapa orang gangster datang ke kedai, ada dalam enam orang masa itu.
“Sampai ja diaorang di situ, diaorang panggil aku dan Shuk ke bilik belakang dan terus dia cakap, ‘Shuib, kau ini artis. Kenapa kau main mesin?’
“Bila aku dengar saja dia cakap macam itu, terus aku cakap, ‘Kalau abang dah cakap macam itu maksudnya abang memang tak nak bagi duit ini. Tak apalah, saya gerak’.
“Lillahitaala, aku cakap pada diri aku ini adalah kali terakhir aku main judi dan memang aku dah tak main dah lepas itu,”ujarnya.’
Alhamdulillah, dah insaf…
“Perbezaan dia MashaAllah, Allah nak bagi. Kadang-kadang kau rasa kau berjudi tu kau puas, bila kau menang kau gempak.
“Tapi kehidupan kau masih susah, bila aku berhenti, duit bukan kata boleh simpan, malah makin banyak,”nasihatnya.