Menurut laporan Harian Metro, perkongsian dari individu berkenaan juga turut disiasat bagi menyokong tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap mereka.
Maaf saya tidak boleh bercakap banyak mengenai isu ini. Cuma tidak dinafikan saya ada menerima beberapa mesej di Instagram bahawa terlihat kelibat mereka di bazar Ramadan yang membuktikan mereka masih berhubung.
– Shuhada
Shuhada juga turut mengesahkan peguam yang mewakili Athirah ada menghantar surat tuntutan fitnah sebelum ini.
Selain dari peguam saya telah membalas kepada surat tersebut. Kami juga akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka.
– Shuhada
Semoga kebenaran akan menang! Apapun, semoga Shuhada kuat ya hadapi dugaan ini, tambah lagi di bulan mulia ini.