in

Showcase SEVENSOUL di No Black Tie Malam Ini

Salam semua pembaca,

Budiey dah pilih seorang pembaca dan pasangannya untuk makan malam bersama dengan SEVENSOUL menerusi peraduan di entri INI. Dengan itu, Budiey nak ucapkan tahniah kepada Nabilah Salleh yang telah pun menghantar gambar romantisnya. Untuk info, Nabilah bakal melangsungkan perkahwinannya pada 24 Oktober ini, jadi hadiah makan malam PERCUMA bersama grup Sevensoul ini adalah bersempena untuk meraikan mereka berdua.

Kepada yang tak berjaya, sila cuba lagi di lain masa. Kerana Budiey terima begitu banyak sekali gambar romantis dunia percintaan korang. Jadi, Budiey pilih yang PALING ROMANTIS ya~

Budiey BlogOkay, selain itu, Budiey nak khabarkan pada semua, sebuah grup R&B dan soul SEVENSOUL akan mempersembahkan lagu-lagu soul dan acapellanya di NO BLACK TIE pada malam ini jam 9.30 malam ini. Bayaran masuk hanya RM30.00.

Jadi kepada semua yang rasa nak dengar alunan gabungan suara harmoni SEVENSOUL bolehla join ya~

No Black Tie terletak di Jalan Mesui off Jalan Nagasari. Kalau tak pasti lagi kat mana, di bawah ni Budiey sediakan petanya sekali.

Jumpa korang kat saya ya~! 

 

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kerja Kosong Kitchen Staff & Krew di Restoran Intai-Intai

Majlis Pelancaran Single Album In Heart Hari Ini