[dropcap]B[/dropcap]udiey kira ramai yang dah mengenali pemilik nama Judika atau nama sebenarnya Judika Nalon Abadi Sihotang kerana lagu Aku Yang Tersakiti sering berkumandang di radio. Beliau merupakan seorang jejaka berusia 34 tahun yang berasal dari Sidikalang, Dairi, Sumatera Utara Indonesia. Jika anda belum mengenali Judika, tidak mengapa kerana Judika akan terbang merawat luka yang tersakiti itu di Malaysia tak berapa lama lagi.
Bakat nyanyiannya dikesan semenjak di bangku sekolah di mana Judika membentuk sebuah kumpulan bersama teman dan sahabatnya dan menjuarai Bahana Suara Pelajar untuk daerah Sumatera Utara.
Selepas mendapat tempat kedua Indonesian Idol 2, Judika telah merakamkan album pertamanya berjudul Seri Cinta pada tahun 2005. Pada tahun 2007, Judika muncul dengan album keduanya ONE yang memuatkan lagu hits seperti Bukan Rayuan Gombal dan Malaikat.
Pada tahun 2010, Judika muncul dengan album solo ketiganya berjudul SETENGAH MATI MERINDU. Album yang berunsurkan rock ini menyerlahkan bakat Judika bukan sahaja sebagai penyanyi tapi juga sebagai seorang komposer.
[pullquote align=”right”]Judika akan mengadakan siri promosi bermula pada 25 April sehingga 1 Mei 2013 di Kuala Lumpur[/pullquote]
Melihat kemampuan Judika berlakon dalam filem SI JAGO MERAH dan THE TARIX JABRIX, Judika mulai mendapat lebih banyak tawaran untuk berlakon filem BOLA ITU BUNDAR dan IMPAL (PARIBAN). Judika menerima anugerah Pendatang Baru lelaki Terbaik di Indonesian Movie Awards 2009,
Judika telah menyertai sebuah projek band MAHADEWA di bawah kelolaan Ahmad Dhani sebagai vokalis utama. Bersama Mahadewa, Judika telah merakam dua buah album iaitu Cinta Itu Buta (2011), dan Restoe Boemi II (2012.
Di Malaysia, Judika dikenali ketika dia bertanding dalam Ikon Asean dan mula popular dengan lagu Malaikat dan Bukan Rayuan Gombal yand dimuatkan di dalam album One.
Melalui album Setengah Mati Merindu, Judika amat popular dengan lagu Aku Yang Tersakiti. Malahan dimana-mana saja lagu ini sering berkumandang dan telah berjaya menambat hati semua peminatnya di Malaysia.
[pullquote]Judika Aku Yang Tersakiti Merawat Luka di Malaysia bersama peminatnya di showcase pada 27 April ini[/pullquote]
Lagu “Aku Yang Tersakiti” telah dimuat turun sebanyak 250 ribu unit yang melayakkan Judika menerima anugerah platinum berkembar. Lagu itu juga telah menjuarai carta radio-radio tempatan hampir setiap minggu.
Lagu “Aku yang Tersakiti”merupakan lagu tema bagi drama bersiri Cinta Jangan Pergi lakonan Tiq Zaqayah dan Remy Ishak yang sedang disiarkan di TV3. Di atas kesempatan itu Judika telah membuat keputusan untuk bertemu para peminatnya di Malaysia sebagai tanda penghargaan kepada mereka.
Judika akan mengadakan siri promosi bermula pada 25 April sehingga 1 Mei 2013 di Kuala Lumpur yang dibawakan khas oleh Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd.
Majlis sidang akhbar dan showcase Judika akan diadakan pada 27 April (sabtu) jam 2.00 petang di Mezzanize Hall, Hotel Royal, Jalan Granier Kuala Lumpur. Pada majlis pelancaran ini Judika akan mempersembahkan beberapa buah lagu hitsnya.
Majlis sidang akhbar dan showcase ini ditaja oleh Hotel Royal Kuala Lumpur dan ERA FM selaku radio rasmi. Manakala KK BOX dan Spotify merupakan rakan online streaming music.