Dah tentu mereka ini mahu bikin havoc bersama band yang tercalon dalam Kumpulan Paling Popular APM 2007. Kira enjoy la jugak diorang ni dengan performance yang sangat-sangat dirindui. Tambahan pula, mereka rasa bangga sebab dapat menyaksikan sendiri pelancaran album terbaru Peterpan. Masa ni lah diorang ni nak melepaskan rindu dan dendam kesumat kerana band ini sudah lama tidak bertamu di Kuala Lumpur. Malangnya, kelembapan penjualan album baru ini, saya kira tidak dapat menandingi sejarah mereka yang dulu-dulunya pernah laris dan hangat di pasaran. Saya pun hairan, adakah Peterpan sudah hilang bisanya di tengah gegak gempita peminat yang masih setia?
Dengan lagu Langit Tak Mendengar, satu hits pembukaan yang buat ramai peminat diserang histeria. Diikuti dengan lagu Tak Bisakah yang seakan mahu menjemput semua peminat menyanyi bersama. Lagu terbaru yang masih segar di bibir peminat, yang ada lirik ‘Hari Yang Cerah’ begitu menawan dengan suara serak-serak basah si vokalis mantap, Ariel. Lagu Kota Mati, emosional lagu ini bergetar dalam ruang-ruang sesak yang cukup harmonis.
Muzik yang begitu mesra di telinga, catchy dan cukup membuai bikin penonton lebih ‘gersang’ untuk mahu lagi dan lagi. Sentuhan dan garapan serta susunan lagu yang lebih cemerlang, rasanya tidak mempengaruhi peminat untuk melupakan Peterpan.
Kematangan album ini dilihat bakal mengembalikan bisa Peterpan yang dulunya menjadi pujaan ramai. Lagu Di Balik Awan dan Dunia Yang Terlupa dialunkan diiringi suara-suara sumbang si peminat. Hehehe… mereka ini tahu menjadi penyanyi latar sahaja. Lagu ‘Cobalah Mengerti’ bikin gempak dengan irama rock bergema satu dewan itu.
Lagu lain, Menghapuskan Jejakmu dan Melawan Dunia… mungkin menjadi seleksi pelengkap buat malam itu.
Sayangnya, ramai yang berpendapat, show masih tidak cukup meletop sebab banyak lagu yang tidak dinyanyikan. Nama pun dah showcase, kan? So, sendiri mahu ingat la.