Inilah dia penangan band Indonesia yang sedang meningkat naik, Nidji yang telah pun melengkapkan sesi penjelajahan promosi albumnya di Kuala Lumpur. Kira sudah berjaya mencapai matlamat untuk menakluk pasaran Malaysia. Kebenaran desas-desus mengatakan grup akan mengambil alih grup Peterpan, Gigi, Dewa 19, dan Radja ada kewajarannya. Nidji punya keunikan tersendiri kerana lagu Melayu dan lagu Inggeris Nidji ada umppphhh!
Showcase Nidji Breakthru’ Tour yang dibawakan oleh Channel [V] dan Star Movies dihadiri oleh peminat, pemenang peraduan, selebriti dan media. Pada saya, setelah mendengar album Nidji, saya kira muzik yang dibawakan ada sedikit pengaruh muzik dari antarabangsa seperti Radiohead, U2 dan Goo Goo Dolls. Adunan muzik rock yang bagus.
Grup yang terdiri daripada Giring (vokalis), Andro (pemain bass), Run-D (pemain keyboard), Rama (pemain gitar), Ariel dan Adri (pemain drum) ditubuhkan pada tahun 2002. Namun, setelah keluar daripada kepompong underground, grup ini boleh berkembang jauh kerana muzik yang dibawa memang sedap di telinga.
Lagu Sudah, Hapus & Kau Dan Aku sekarang pun tengah meletop dan hangat dipasang di radio Hot FM dan radio Era. Paling memberangsangkan apabila sebuah lagu single berjudul Heaven menjadi lagu runut (OST) dalam Siri TV paling popular di USA, Heroes. Kira popular la jugak Nidji ni ya sebab lagu diorang ada berkumandang dalam siri TV yang memang menjadi kegilaan ramai ketika ini.
Sesiapa yang tidak ada tiket, boleh beli album dan kaset untuk mendapatkan pass percuma.
Yang ni lak, tempat ambik tiket dan goodie bags. Dapat cendermata daripada Channel [V] dan Star Movies lagi tuh. Ada dapat barangan cenderamata drama siri TV Heroes yang fuh mengancam gak la. Eksklusif beb!
Sebelum showcase bermula, ada Nana AF1 dan pengacara Channel [V] sedang mengendalikan peraduan pentas. Macam-macamlah depa kena buat. Nak hadiah berupa goodie bag, penonton kena jawab soalan mengenai Nidji dan kena nyanyi lagu Nidji… ada jugak yang tak reti nyanyi tapi sanggup naik pentas.
Tengoklah bagaimana havocknya peminat yang memenuhi ruang hadapan. Ramai juga peminat dari Indonesia sanggup datang. Sukar untuk saya pergi lebih dekat. Saya ambik gambar ini pun dari atas tempat duduk bagi selebriti, VIP dan media.
Antara lagu yang terkandung dalam album Nidji:
- Bila Aku Jatuh Cinta
- Breakthrough
- Child
- Disco Lazy Time
- Engkau
- Hapus Aku
- Heaven
- Kau Dan Aku
- Manusia Sempurna
- Sudah
Ada peminat yang tidak puas hati sebab durasi showcase singkat sangat dan ada beberapa buah lagu yang tidak dinyanyikan.
Giring selaku vokalis memang pandai berinteraksi dengan peminat dengan mengusik dan buat lawak. Vokal Giring memang mantap. Siap buat head banging dan menari-nari macam grup OAG je. Memang energetik habis lah.
Rasanya sudah tiba Nidji mengadakan mini konsert di Kuala Lumpur memandangkan sambutan yang begitu hangat. Namun, cukupkah dengan satu album sahaja? Sudah tentu peminat terpaksa menantikan album terbaru daripada Nidji untuk menjadikan konsert lebih gempak.
Lagu Nidji yang paling saya suka: Heaven & Sudah.
Ada tak antara pembaca Sensasi Selebriti hadir di showcase Nidji di Life Centre Jumaat lalu? Apa pendapat anda?