in ,

Showcase Group K-Pop Boys Republic di Malaysia

Kumpulan K-Pop terbaru, Boys Republic dari Korea Selatan akan mengadakan showcase di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada 8 Disember 2013 jam 6 petang.

Grup terbaru yang terdiri daripada One Junn, Da Bin, Sung Jun, Min Su dan Su Woong, nampaknya menjadi kegilaan di kalangan remaja dan mencipta satu lagi gelombang yang sangat hebat. Kalau korang cari je kat Youtube, single pertama mereka berjudul Party Rock, korang boleh tengok sendiri, jumlah tontonan dah mencecah lebih sejuta.

Boys-Republic

Bakat mereka telah dikesan oleh label Universal Music Group sebelum turut menarik perhatian syarikat penerbangan Jeju Air menjadi duta rasmi penerbangan itu.

Boys Republic melahirkan sebuah mini album dan sehingga kini mendapat sambutan yang hangat dari peminat.

Sempena dengan mempromosikan album mini mereka yang pertama berjudul Identity, Boys Republic mahu meluangkan masa dengan peminat di Malaysia di sebuah showcase di Kuala Lumpur dalam suasana penuh keintiman. Identity ada 7 buah lagu di mana empat daripadanya lagu baru sementara dua single digital pula sudah dilancarkan terlebih dahulu selain sebuah lagu khas dicipta untuk Jeju Air.

Pass showcase sudah mula dijual dan boleh didapati dengan melayari laman web www.universalmusic.com atau Facebook Universal Music.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aaron Aziz Shares His Favourite Hong Kong Haunts

Win A Shopping Experience With Nora Danish