in

Show Orkestra Tradisional Malaysia di Istana Budaya

Dalam usaha mengangkat dan mengantarabangsakan muzik Malaysia ke persada dunia, Kementerian Perpaduan, kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) menubuhkan ORKESTRA TRADISIONAL MALAYSIA (OTM) di bawah naungan Istana Budaya (IB).

Ia satu usaha membawa dan memperdengarkan alunan muzik Malaysia ke serata dunia yang beridentitikan Malaysia. Hasrat dan komitmen IB ini diharap sebagai satu landasan untuk memartabatkan muzik tempatan ke peringkat global.    

Dalam sesi rakaman dan tontonan yang akan diadakan pada 29 Mac ini, OTM akan menggabungkan 60 pemuzik tradisional (Melayu, India, Cina, etnik Sabah/Sarawak) di bawah pimpinan Mohd Yazid Zakaria akan mempersembahkan 3 buah lagu, iaitu Sukiyaki (Jepun), Lavien Rose (Perancis) dan Puteri Santubong.

Kesemua lagu ini digubah dengan konsep muzik simfoni mengikut piawaian antarabangsa oleh 2 penggubah terkenal, iaitu Ahmad Muriz dan Ruslan Imam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Film Asia Menarik Sepanjang April di 8TV

Minggu Setiausaha 2009 Bersama Dato’ Siti Nurhaliza & Kris Dayanti