SHOUT Awards Kembali Dengan Kategori Baru!
KUALA LUMPUR, 11 OGOS 2010: Acara anugerah yang pasti dinanti-nantikan oleh ramai penggemar penggiat seni hiburan tanah air, SHOUT Awards kini kembali lagi bagi menghargai dan memberi pengiktirafan kepada bakat dan kreativiti yang telah menggegarkan industri hiburan sepanjang tahun 2010.
Sejajar dengan itu, anugerah SHOUT untuk kali kedua yang akan berlangsung sekali lagi di Stadium Putra Bukit Jalil pada 20 November 2010 serta dipancarkan secara langsung di saluran 8TV, jam 8.30 malam telah diumumkan dalam satu majlis bersama media di Prince Hotel, Jalan Conlay kelmarin.
Menariknya SHOUT Awards kali ini empat anugerah baru telah diperkenalkan iaitu Anugerah Muzik Video, Anugerah Breakthrough Local Feuture, Anugerag The Favourite TV Personality dan Anugerah Mobile Artiste Of The Year yang dicetuskan oleh Celcom XPax.
Seperti tahun sebelumnya, SHOUT Awards sekali lagi bertindak sebagai satu platform bagi rakyat Malaysia untuk menyuarakan pendapat mereka tentang apakah yang hip dan terhangat dalam inidustri.
Menurut Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim seiring dengan perkembagan industri hiburan anugerah itu dia telah meneruskannya untuk kali kedua pada tahun ini.
“Sememangnya dunia 8TV adalah mengenai hiburan, jadi tidak hairanlah apabila kami tetap meneruskannya untuk tahun kedua SHOUT Awards dengan penambahan 4 kategori baru bagi memartabatkan serta menghargai bakat-bakat dalam seni tanah air ini ke tahap yang lebih tinggi”, katanya dalam ucapan ringkasnya.
Manakala Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Celcom Axiata Berhad turut melahirkan rasa berbesar hatinya apabila dapat turut serta dalam majlis anugerah yang sebelum ini telah mendapat sambutan lebih 10 000 orang yang telah membanjiri acara itu pada tahun lepas.
“Kerjasama ini cukup sesuai dengan produk kami yang menjanjikan sesuatu yang segar serta memenuhi gaya hidup urban. SHOUT Awards 2010 dicetuskan oleh Celcom XPax merupakan platform terbaik untuk mengenengahkan bakat dan kreativiti artis dan selebriti yang banyak menyumbang dalam industry hiburan Malaysai”, katanya.
Anugerah SHOUT Awards yang merangkumi empat kategori utama seperti muzik, TV & Film serta Radio Malaysia dengan 17 Anugerah akan dibuka penyertaan kepada semua stesen TV, Syarikat Rakaman, Rangkaian Radio dan Syarikat Penerbitan/Produksi daam dan filem.
Semua penyertaan akan dihantar dan dinilar oleh panel juri-juri professional yang sekaligus akan memilih dan menyenarai pendekkan peserta Top 5 dalam setiap kategori anugerah.
Apabila calon-calon Top 5 diumumkan kelak, barulah penonton diberi penghargaan untuk memilih calon kegemaran mereka dengan melayari laman sesawang rasmi SHOUT Awards di www.shoutawards.com.myatau boleh melalui SMS yang di buka selama sebulan.